Tuesday, May 10, 2011

polis diarah siasat isu agama kristian

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah untuk menjalankan siasatan terperinci dan memanggil mereka yang terlibat berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatanakan dijalankan secara menyeluruh sepertimana arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya setakat ini polis menerima sembilan laporan mengenai perkara itu iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar, Kedah dan masing-masing satu di Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Sepang (Selangor).
"Saya telah mendapat makluman dari semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan.
"Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti yang dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin. Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan mengenai majlis pertemuantertutup paderi seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawaagenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Hishammuddin berkata perkara yang dilaporkan itu amat sensitif dan semuapihak mesti memahami ia tidak wajar dibangkitkan kerana boleh membawa kepadakacau bilau dan kegusaran di kalangan rakyat.
"Pada peringkat ini, kita masih selum boleh membuat sebarang rumusan atau menuduh mana-mana pihak berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pihak akhbar.
"Perdana Menteri sendiri dalam maklum balas kepada pihak media semalam telah meminta supaya semua pihak bertenang dan tidak mengeksploit dakwaan tersebut kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada sesiapa pun," katanya.
Katanya perkara itu juga menuntut kesedaran supaya pengamal media turut mengambil pendekatan yang lebih sensitif dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam negara majmuk seperti Malaysia. Hishammuddin berkata adalah mustahak bagi semua pengamal media memahami betapa penting agar nilai dan sensitiviti berkaitan isu-isu agama, kaum dan sebagainya diberi pertimbangan utama ketika membuat sebarang laporan.
Katanya pihak polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira segala aspek dan kemungkinan termasuk perbezaan maklumat yang direkodkan di kalangan mereka yang terlibat berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.
Beliau berkata tidak ada sesiapa pun yang wajar dan berhak membuat apa-apa kesimpulan pada ketika ini kerana siasatan masih diteruskan.
"Saya mahu pihak polis mendapatkan maklumat sebenar dan sahih tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan ia perlu dilakukan dengan telus dan tegas," katanya.
Katanya Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkanIslam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.
"Semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu berasa risau dengan apa yangdilaporkan.
"Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap daripada rakyat di negara ini bebasmelakukan apa sahaja seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan dan keselamatan mereka juga terjamin," katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman