Yuna yang merangkul trofi berkenaan menerusi lagu Penakut mengakui perkara itu menerusi laman Twitternya semalam.
Bagaimanapun penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Berita Harian 2010 itu enggan mengulas mengenai penarikan balik trofi, sebaliknya meminta persoalan dianjukan kepada penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lapor Berita Harian.
Satu sidang media oleh penganjur akan diadakan di sini petang ini.
Laporan media sebelum ini menyebut ada dakwaan kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi.
Lazimnya Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM-18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).
No comments:
Post a Comment