Sunday, November 6, 2011

Pembunuhan Sosilawati: Spesimen Tulang Tiada DNA?


Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, dikejutkan dengan persoalan bahawa spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dijumpai dalam siasatan kes tersebut tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).
Perkara itu ditimbulkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon kepada saksi pendakwaan ke-63, Dr Nurliza Abdullah, 46, berdasarkan keterangan Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terdahulu mengesahkan bahawa 30 daripada 2,030 spesimen yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan DNA.
Tambah saksi, bagi tujuan tersebut, Pengarah Bahagian Forensik, jabatan terbabit, Lim Kong Boon telah mengambil 18 spesimen pada 15 September 2010 manakala baki 12 spesimen lagi diambil pada 21 September tahun yang sama oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.

No comments:

Post a Comment

halaman