Tuesday, July 10, 2012

IPOH: Penyamun bas ditahan polis

Polis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di Ipoh
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes merampas bas milik syarikat Perak Transit Sdn Bhd dan mencederakan pemandu bas berkenaan, Khamis lepas.
   
Empat suspek berusia antara 26 dan 28 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Medan Kidd di sini, awal pagi semalam.
   
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan ia tidak melibatkan unsur gangsterisme atau pun samun.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata keempat-empat lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga15 Julai ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, bas berkenaan dilarikan sekumpulan empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Yusof pada 5 Julai lepas, selepas membelasah pemandunya T. Manirajah, 50.
   
Suspek kemudiannya mengarahkan semua penumpang turun sebelum melarikan bas berkenaan.
   
Bas itu ditemui tersadai selepas merempuh tiang elektrik berdekatan Kompleks Islam Perak di Jalan Lim Bo Seng, di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

halaman