Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - BERNAMA
kemaskini: Polis mengesahkan dua individu yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.
kemaskini: Polis mengesahkan dua individu yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.
Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.-Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment