Friday, July 6, 2012

Pelajar simpan mayat bayi dalam beg sekolah


Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun telah menyimpan beg rakan sekelasnya untuk 17 jam tanpa menyedari di dalamnya terdapat mayat bayi yang baru dilahirkan.
Rakan sekelas itu telah diserahkan sebuah beg sejurus selepas rakannya melahirkan bayi perempuan di hostel sekolah berkenaan kira-kira pukul 1 pagi pada Selasa.
Doktor yang mendapat tahu mengenai kelahiran itu telah merawat gadis berkenaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, apabila dia mengadu sakit perut.
“Satu pemeriksaan mengesahkan bahawa dia telah melahirkan bayi,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan pada Khamis.
“Pelajar perempuan itu memaklumkan bahawa dia menyimpan bayi itu di dalam beg sekolahnya.”
Doktor meminta pelajar itu untuk memanggil rakannya untuk membawa beg berkenaan ke hospital.
“Mereka menjumpai mayat bayi perempuan di dalam beg. Rakan pelajar itu mengalami trauma apabila difahamkan dia telah membawa beg yang mengandungi mayat seorang bayi,” kata Manoharan kepada pemberita.
Polis telah merampas gunting yang digunakan untuk memotong tali pusat bayi itu.
Manoharan berkata, bedah siasat menunjukkan bahawa bayi tersebut berjaya dilahirkan tetapi mempunyai kesan lebam di kepala dan terdapat air pada paru-parunya.
“Kami masih menyiasat punca kematian. Kes ini akan sedang disiasat atas sengaja menyebabkan kematian bayi,” kata beliau, sambil menambah pihak polis sedang mengesan bapa kepada bayi berkenaan atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan perempuan bawah umur. 

No comments:

Post a Comment

halaman