Tuesday, May 17, 2011

SULTAN SULU DITANGKAP POLIS

Polis Tahan 'Sultan Sulu'...
Mohd Akjan bergambar bersama pegawai kanan kesultanan Sulu. Bagaimanapun, Mohd Akjan mendakwa majlis tersebut adalah majlis doa selamat dan bukannya majlis pertabalan seperti yang didakwa.
KOTA KINABALU: Polis telah menahan seorang ahli perniagaan yang pada Februari lepas membuat pengisytiharan sebagai Sultan Sulu yang menguasai wilayah di Selatan Filipina.
Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, telah ditahan di sini semalam (Ahad).
Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin. Majistret Noorhafizah Mohd Salim mengeluarkan perintahan tahanan reman selama tujuh hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Noorhafizah mengeluarkan perintah tersebut selepas mendengar permohonan yang dibuat oleh ASP Azizul Mansor di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Polis mengambil tindakan menahan Akjan untuk membantu mereka menjalankan siasatan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya selepas majlis pertabalan yang dijalankan ke atasnya sebagai Sultan Sulu, Februari lepas di Kampung Likas dekat sini.
Pada majlis pertabalan itu 2 Februari lepas, beliau kononnya telah dimasyurkan sebagai Sultan Sulu yang ke-33 di hadapan lebih 60 orang tetamu.

Saturday, May 14, 2011

bangkai khinzir diproses untuk hasilkan makanan

Isu Khinzir Mati Diguna Untuk Hasilkan Makanan Disiasat - Noraini

Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu khinzir yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.
Dalam kenyataan di sini, pada Jumaat, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my. -BERNAMA

Thursday, May 12, 2011

Bekas Isteri Datuk K Tengku Zawiyah bernikah

Rayyan menunjukkan cincin yang disarungkan ke tangan isterinya, Tengku Zawyah pada majlis membatalkan air sembahyang
bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.
Tengku Zawyah anggun dengan busana rekaan Calvin Thoo.
Pada majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu, Tengku Zawyah yang anggun mengenakan busana rekaan Calvin Thoo berwarna putih gading menerima mas kahwin sebanyak RM501 beserta lima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Antaranya, set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin pada upacara membatalkan air sembahyang.
Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 yang merupakan angka kegemarannya.
Kedua mempelai yang berusia pertengahan 40 an ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari lalu.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali
"Alhamdullilah, saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Kami sangat serasi bersama kerana kami punya banyak persamaan.
"Pada masa yang sama kami juga sukakan aktiviti luar seperti main paintball bersama.
Anak-anak Tengku Zawyah
"Bagi saya Rayyan seorang yang sangat bertanggungjawab ringkas dalam banyak perkara, sangat merendah diri dan kacak," katanya kepada pemberita sebaik selesai upacara akad nikahnya.
Lebih mengharukan pasangan ini adalah, apabila keluarga kedua belah pihak menyambut baik harapan mereka untuk berumah tangga.
"Keprihatinan Rayyan terhadap anak-anak saya menjadikan dia amat disenangi oleh mereka," katanya.
Bercerita mengenai keistimewaan isterinya, Rayyan yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Tengku Zawyah adalah seorang wanita yang sangat bertimbang rasa, berbudi bahasa dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.
"Saya sangat bertuah kerana dapat memilikinya. Dia seorang yang ceria dan cantik di mata saya," katanya.
Bercerita tentang percutian bulan madu, pasangan ini memilih untuk bercuti ke negara, Switzerland kerana kedua-duanya suka bermain ski.
Rayyan yang juga seorang bapa tunggal kepada dua orang anak memeluk Islam pada awal bulan lepas.
Perkenalan kedua pasangan ini bermula sebagai teman biasa, namun mula serius pada hujung tahun lalu dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas wujud keserasian antara mereka.
Majlis resepsi kedua pasangan mempelai ini akan diadakan malam ini di Taman Mahsuri, hotel yang sama bertemakan 'garden wedding' pada pukul 8 malam.
Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, isteri baginda, Tengku Azizah Aminah Sultan Iskandar, Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta kerabat diraja Pahang.
Tengku Zawyah yang juga kerabat diraja dari Kedah pernah mendirikan rumah tangga dengan Khalid atau Datuk K yang kini merupakan suami penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Kedua-duanya bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun, Tengku Zawiyah dan Khalid dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.

Wednesday, May 11, 2011

saida taruddin angau kata suami

Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu
Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. mohd ghazali suami saidah (gambar)
terabai.
Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.
"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.
"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.
Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.
Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.
Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".
Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.
"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.
"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.
Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.
Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.
Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.
Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.
Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.
Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.
Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.
Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.
Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.
Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
*******************************

Dua Anggota Kastam Hadapi Tuduhan Edar Kanabis


Dua anggota Kastam Diraja Malaysia Rabu dihadapkan ke mahkamah majistret di sini kerana dituduh mengedar 7,101.92 gram dadah jenis kanabis dekat sini bulan lepas.
Ismail Mansor, 42, dan Nazni Seman, 46, kedua-duanya daripada Cawangan Marin di sini, dituduh melakukan perbuatan itu di tempat letak lori kilang simen, Bukit Keteri, Chuping, 9.30 malam 27 April lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta menetapkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabri manakala Ismail diwakili peguam Anbalanathan Yathiraju tetapi Nazni tidak diwakili peguam.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 11 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes kerana perlu menunggu laporan kimia.
Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikatj amin.BERNAMA

amaran POLis

Amaran Polis, Jangan Timbul Kecoh Bantah Projek Lynas

Polis akan memantau dan bertindak tegas terhadap mana- mana pihak yang membuat bantahan, demonstrasi atau ceramah terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebang, Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Abdul Ghani berkata polis setakat ini memantau setiap bantahan yang rancak diadakan beberapa pihak sebelum ini.
"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan," katanya
Projek memproses tanah jarang yang dibawa dari Australia itu mendapat tentangan banyak pihak berikutan dikhuatiri mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Operasi memproses Thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation.
Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat. 
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel' atau Bq per gram akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses.
Maka peratusan pelepasan bahan radioasi itu berkemungkinan akan dihasilkan pada kadar yang lebih banyak. 
Dalam pada itu, Ahli politik Australia, Robin Chapple mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebang.
Robin Chapple menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.
“Saya kutuk cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.
Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral Thorium.
Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

Suami bertaklik enggan setubuhi isteri

BARU-baru ini, saya ada melafazkan taklik tidak akan bersama dengan isteri, jika berlaku maka jatuhlah talak. Sekarang kami jarang bergaduh kerana isteri saya tahu kami terikat dengan taklik.
Walaupun saya hidup dalam keadaan bahagia, tetapi apa guna jika tidak dapat bersama. Perkara yang sah dan halal sudah diharamkan. 
Adakah terbaik jika saya mengambil langkah untuk bercerai sehingga tamat idah dan lafaz nikah semula untuk menghapuskan lafaz taklik berkenaan?

NAIM,
Selangor 

Dr.Salam
LAFAZ taklik pertama iaitu ‘tidak akan bersetubuh’ adalah taklik bentuk sumpah. Menurut Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim talak tidak jatuh dengan sebab perlanggaran sumpah itu.

Bagaimanapun jika melanggar taklik sumpah, anda perlu membayar kafarah sumpah, iaitu sama ada pertama, memberi makan 10 orang miskin, kedua memberi pakaian kepada mereka atau ketiga, membebaskan hamba. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa tiga hari (Surah al-Maidah ayat 89).

Langkah terbaik buat saudara ialah membayar kafarah sumpah. Ini kerana hubungan seksual suami isteri adalah halal. Bercerai dan berkahwin semula bukan cara menghapuskan taklik.

Tuesday, May 10, 2011

Cubaan bunuh Anwar Ibrahim


Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.
Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang  dinaiki Anwar dan keluarganya.
Kejadian itu disedari pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.
“Apabila saya membrekkan kereta tersebut, saya merasakan kereta yang dipandu saya bergegar kuat tidak seperti biasa. Kedengaran juga bunyi sesuatu yang pecah di bahagian belakang.
“Secara tiba-tiba juga tayar bahagian belakang kanan saya seperti terkunci dan tersekat. Ini memaksa saya sedaya upaya mengawal kereta tersebut ke bahu jalan,” katanya dalam laporan tersebut.
“Selepas memberhentikan kereta di bahu lebuhraya, saya mendapati kesan seretan kereta dan serpihan brake disc di atas jalan,”  katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya.
Abdullah Sani menjadi pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun dan memandu kereta Mercedes Benz model S 350 milik Anwar.

Brek yang mengalami kerosakan dipercayai berpunca angkara khianat
Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.
“Setelah mendapat penjelasan apa yang berlaku, saya membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati bahawa punca kerosakan adalah disebabkan salah satu daripada pin bolt yang mengikat brake caliper sudah tiada atau tertanggal.
“Fungsi pin bolt adalah mengikat brake caliper pada tempatnya.
‘Dari pengalaman saya menjadi mekanik selama lebih 10 tahun dan pengkhususan dalam pembaikan Mercedes Benz selama 7 tahun, adalah mustahil pin bolt yang mengikat brake caliper itu boleh tercabut dengan sendirinya,” jelas Azman dalam kenyataan itu.

halaman