Friday, September 14, 2012

Pemilik Butik Dakwa Dipukau Lelaki Arab, Rugi RM7, 000


Seorang pemilik butik mendakwa dipukau seoranglelaki Arab dan kehilangan RM7,000 dalam kejadian di Taman Permint Indah disini, lewat petang Rabu.
Nurlida Mohd Nor, 41, ketika ditemui pemberita di sini, hari ini mendakwalelaki itu melarikan beg tangannya mengandungi wang tersebut yang diletakkan dibawah kaunter bayaran butik miliknya itu.
"Kira-kira pukul 6.30 petang lelaki itu memasuki butik bersama isterinyaberusia lewat 30an serta dua anak perempuannya. Lelaki itu berpura-pura memilih beberapa pakaian wanita untuk dihadiahkan kepada adiknya.
"Lelaki itu tanya sama ada saya terima wang dollar Amerika, saya jawab sayaterima wang ringgit dan lelaki itu yang bertentang mata dengan saya meminta izinkeluar selama 10 minit untuk menukar wang," katanya.
Beliau berkata dirinya kemudian terasa seolah-olah dipukau kerana tidak tahuapa-apa lagi selepas itu, sebelum mendapati keluarga Arab tersebut sudah tiadadalam butiknya.
Nurlida berkata anaknya berusia tujuh tahun yang turut berada di butiknyaberkata dia ternampak beg tangan miliknya dibawa lelaki itu namun tidak mampuberkata apa-apa.
"Saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungunkira-kira jam 8 malam (semalam)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketikadihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
"Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polisberhampiran," katanya. BERNAMA

Wednesday, July 18, 2012

SEPANG:Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi


Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.
Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.
Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti. -Mstar

Monday, July 16, 2012

KUALA TERENGGANU: Sarjan polis terima rasuah RM500


Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Ahad selepas mengaku bersalah menerima suapan RM500 daripada seorang suspek penyalahgunaan dadah pada September tahun lepas.
Ketika menjatuhi hukuman itu, Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan Esah Ismail, 52, dari Kelantan, dikenakan hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut fakta kes, Esah yang juga pegawai penyiasat kes di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, dituduh menerima suapan daripada Zambri Sharifuddin yang didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan meminta wang sebanyak RM1,000 untuk 'adjust' keputusan air kencing Zambri.
Namun bertindak atas aduan, ibu kepada tujuh anak itu ditangkap dalam satu kes perangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu dan Esah didapati menerima wang perangkap berjumlah RM500 berdasarkan nombor siri wang perangkap adalah sama dengan senarai wang bertanda.
Tertuduh ditangkap dalam pukul 6.20 petang di Kedai Denova Beauty (Avon), Jalan Haji Jusoh, Jertih, Besut pada 11 Sept tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam rayuannya, Esah yang sebelum ini mempunyai rekod bersih sepanjang 31 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dan pernah dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Kelantan pada 2006, berkata beliau telah insaf dan memohon maaf kepada semua pihak atas perbuatannya itu.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya SPRM Zainal Ayop manakala Esah diwakili peguam Zamri Mat Nawang. -BERNAMA

Thursday, July 12, 2012

Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM


Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - BERNAMA


kemaskini: Polis mengesahkan dua individu yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya kelmarin dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.
Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut.-Utusan Malaysia

Tuesday, July 10, 2012

IPOH: Penyamun bas ditahan polis

Polis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di IpohPolis tahan empat lelaki rampas bas di Ipoh
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes merampas bas milik syarikat Perak Transit Sdn Bhd dan mencederakan pemandu bas berkenaan, Khamis lepas.
   
Empat suspek berusia antara 26 dan 28 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Medan Kidd di sini, awal pagi semalam.
   
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan ia tidak melibatkan unsur gangsterisme atau pun samun.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata keempat-empat lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga15 Julai ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, bas berkenaan dilarikan sekumpulan empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Yusof pada 5 Julai lepas, selepas membelasah pemandunya T. Manirajah, 50.
   
Suspek kemudiannya mengarahkan semua penumpang turun sebelum melarikan bas berkenaan.
   
Bas itu ditemui tersadai selepas merempuh tiang elektrik berdekatan Kompleks Islam Perak di Jalan Lim Bo Seng, di sini. - Bernama

Monday, July 9, 2012

Kenyataan Polis berkaitan dua penyerang (mengamuk) di JPM Putrajaya


Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspektelah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.



sumber: PDRM

Putrajaya: dua merusuh di JPM serorang ditembak mati

Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.-SH

halaman