“Perbuatannya memang kejam dan kali ini saya tak boleh maafkan dia lagi,” kata Julia Daud, 29, isteri pelakon popular, Badrul Muhayat, 42, yang mendakwa suaminya itu sekali lagi mengasari dirinya dan merampas wang jaminan mahkamah berjumlah RM2,500, Isnin lalu.
TAK SEHALUAN...Badrul Muhayat tidak menoleh pada Julia ketika bayar kompaun di mahkamah, Isnin lalu.
“Bayangkan ketika dalam lokap, saya pergi melawat dan dia merayu supaya mencari wang untuk menjaminnya kerana tidak mahu tinggal lebih lama dalam lokap.
“Saya yang tak pernah menjejak kaki di lokap terpaksa bawa seorang anak kami dan Badrul ketika itu berjanji akan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga apabila dibebaskan,” katanya.
Julia berkata, isteri mana yang tidak sedih melihat suami dipenjarakan dan ini membuatkan hatinya mula cair dan sanggup berhutang semata-mata mahu memastikan suaminya keluar lokap.
“Namun, saya kesal kerana tak sampai berapa jam selepas mahkamah membebaskannya sejurus dia membayar kompaun, Badrul sekali lagi buat hal.
Dia tergamak merampas wang jaminan RM2,500 yang ketika itu dipegang rakan kami sebelum melarikan diri dengan seorang wanita yang menunggunya dalam kereta,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pelakon lelaki terbabit pada mulanya menghubungi rakan wanita mereka yang bertindak sebagai penjamin dan bertanyakan mengenai wang jaminan berkenaan.

Wang jaminan itu dimasukkan ke akaun penjamin berkenaan atas perintah mahkamah sebaik perbicaraan kes Badrul didakwa mencederakan Julia selesai apabila mahkamah memerintahkan dia membayar kompaun RM1,000 kepada isterinya, Isnin lalu.
Difahamkan, wang berkenaan dikumpul isterinya selain turut diberi ahli keluarga pelakon lelaki terbabit semata-mata untuk membayar wang jaminan bagi membebaskannya.
Badrul tidak puas hati dan meminta wanita itu mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkan kepadanya kerana mendakwa ia kepunyaannya.
“Bagaimanapun, saya menasihatkan rakan itu jangan mengikut kata suami saya dan meminta dia menunggunya di kaunter bank berhampiran Mahkamah Ampang. Bagaimanapun, Badrul terlebih dulu tiba kerana dia mengekori rakan kami itu hingga ke kaunter bank.
“Sebaik rakan kami mengeluarkan wang, suami saya terus merampasnya. Tidak lama selepas itu, saya tiba dan saya berjanji akan memberikan RM1,000 daripada wang itu kepadanya bagi membolehkannya membayar kompaun yang dikenakan mahkamah,” katanya.
Menurut Julia, berikutan itu dia meminta suaminya menyerahkan baki wang jaminan berkenaan, namun Badrul berdegil sebelum berlaku pergelutan.
Dalam pergelutan itu, Badrul menolak badan dan kepala Julia sebelum tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu dengan sebuah kereta bersama seorang wanita yang menunggu di dalam kenderaan itu selepas menyedari perbuatannya diperhatikan orang ramai.
Julia berkata, kini perasaannya bercampur baur dan menyesal kerana menjamin suaminya.
“Saya sedih kerana suami tergamak melakukan demikian sedangkan wang itu yang akan digunakan untuk keperluan saya dan anak-anak. Namun, Badrul langsung tak ambil peduli kehidupan kami sekeluarga, malah saya yang terpaksa menanggung segala hutang dipinjamnya,” katanya.
Berikutan itu, Julia membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu.

No comments:
Post a Comment