“Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini.
Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu.
“Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu,” katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu.
Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan.
Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat.
“Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka.
Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan.
Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya.
Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan.
Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu. (sumber MK)

No comments:
Post a Comment