Saturday, July 3, 2010

Penyanyi dan seorang nenek ditangkap berjudi


Penyanyi tergamam

Seorang penyanyi lelaki berusia 40-an hanya mampu tergamam ketika diberkas sepasukan anggota polis ketika leka berjudi di sebuah kafe siber di sini, malam kelmarin.

Penyanyi utama sebuah kumpulan muzik yang mencipta nama sekitar awal 90-an itu ditahan dalam Ops Dadu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, empat pegawai bersama 15 anggota polis melakukan serbuan serentak di kafe siber di Diamond Square dan Plaza Idaman, Gombak di sini.

Ketua Operasi, Superintendan Maszely Minhad berkata, serbuan disasarkan di kawasan berkenaan dipercayai menjadi tumpuan kaki judi menghabiskan masa sambil bermain judi pertaruhan di Internet.

Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 58 individu berusia antara 28 dan 64 tahun diberkas.

“Malah, seorang nenek berusia 58 tahun turut diberkas dalam serbuan itu ketika dipercayai leka berjudi. Namun ketika ditahan, wanita warga emas itu memberi alasan sedang menunggu cucunya,” katanya.
(sumber hmo)

No comments:

Post a Comment

halaman