Tuesday, July 13, 2010

KES PUKUL PENYANYI :TOM DERA ADIK SAYA


Tak sanggup adik didera

KUALA LUMPUR: “Saya tak tergamak melihat adik saya terus didera suaminya,” kata Azril Adzlee Ali, 30, abang angkat kepada wanita yang suaminya didakwa mempunyai hubungan intim dengan juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom.

Azril mendakwa, adiknya yang dipanggil Ayien, 23, sering menjadi mangsa deraan suaminya. Malah, dia mendakwa Tom, 25, yang tinggal serumah dengan pasangan itu turut mendera adiknya.


Azril berkata, dia perlu memberi penjelasan mengenai kejadian itu yang didakwanya susulan daripada penderitaan Ayien yang mengadu sering didera suaminya. Katanya, walaupun berstatus adik angkat, hubungan dia dan keluarganya dengan Ayien sebenarnya seperti keluarga kandung kerana mereka menjaga Ayien sejak umurnya satu tahun.


“Ayien dan suaminya sudah dua tahun berkahwin, tapi suaminya bermasalah. Selepas berkahwin kehidupan mereka tak tentu arah. Malah, semasa Ayien mengandung, dia bekerja mencari rezeki menyara keluarga,” katanya.


Menurut Azril, kejadian Ayien sering dipukul suaminya diketahuinya selepas Ayien menghantar SMS kepada keluarga suaminya dan mereka memanjangkan SMS itu kepada keluarga angkatnya.


“Selepas dimarahi bapanya, suami Ayien bawa adik (Ayien) ke ibu kota. Sejak itu kami putus hubungan dengannya selama dua minggu. Disebabkan bimbang keselamatannya, kami buat laporan polis. “Kami makin marah dan kecewa apabila mendapat tahu suami Ayien ada hubungan dengan Tom. Keadaan adik saya (Ayien) ketika ini sekejap baik dan sekejap tidak. Saya rasa dia keliru serta trauma,” dakwanya. Bagaimanapun, Azril enggan mengulas mengenai tindakan keluarganya memukul Tom, seperti dilaporkan akhbar semalam dengan alasan dilarang bapanya daripada berbuat demikian.


“Kita tunggu siasatan polis selesai kerana saya tidak mahu mengganggu kerja polis dengan memberi komen. Apa yang saya ceritakan ini mengenai penderitaan dialami adik saya,” katanya. “Kami membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan membawa Ayien membuat pemeriksaan kesihatan untuk membuktikan dia sememanga didera,” katanya-.(Sumber HMO)


No comments:

Post a Comment

halaman