Monday, October 31, 2011

Malaysia bakal hadapi Banjir Besar bulan depan


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan lebih bersedia bagi menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut bulan depan.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan bagi merangka persiapan untuk menghadapi bencana itu.
"Kita sentiasa bersedia, cuma kita tidak boleh jangka keadaan macam mana, jadi kita kena bersedia lebih daripada biasa," katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Isnin.
Beliau ditemui pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, yangberlepas ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut penduduk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihat supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut.
Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lepas.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata beliau akan mendengar taklimat serta mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara tidak lama lagi bagi mendapatkan input berhubung persiapan menghadapi bencana alam itu.
Beliau berkata selepas mendapatkan pandangan itu, barulah kerajaan dapatmerangka bantuan sepatutnya untuk menghadapi situasi itu.
"Saya nak dengar segala persiapan yang kita buat bersama agensi-agensi lain termasuk dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kita nak tahu daripada segi soal logistik yang perlu kita sedia.
"Kita juga kena ambil maklumat daripada Jabatan Kaji Cuaca yang lebih maklum. Mungkin keadaan agak lebih daripada biasa tetapi setakat ini, semuanya sudah pun kita ambil kira," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata sebagaimana pengalaman sebelum ini,persiapan awal bagi menghadapi banjir sudah pun dilakukan dan berdasarkan pengalaman lepas, keadaan itu dapat ditangani.
Ditanya mengenai langkah kerajaan memberi bantuan kepada negara jiran seperti Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja yang dilanda banjir besar, Muhyiddin berkata kerajaan memutuskan untuk menyalurkan bantuan itu kerana bencana alam yang melanda negara berkenaan kali ini adalah luar biasa.
"...Dan kita tahu dalam keadaan yang ada sekarang...susah dan sebahagian rakyat mereka berada dalam keadaan teruk seperti di Bangkok... Myanmar dan Laos pun keadaannya lebih daif. Jadi kita putuskan akan hantar bantuan kepada mereka," katanya, sambil menambah bantuan itu mungkin dalam bentuk barangan. - BERNAMA

Letupan besar dekat Lapangan terbang Antarabangsa K.Kinabalu


K.Kinabalu- Isnin Oktober 31, 2011:  Sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak menyebabkan letupan besar dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini, petang Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu mengesahkan kejadian itu dan jumlah kemalangan jiwa belum dapat dipastikan.- BERNAMA





Tiga pekerja binaan cedera apabila balkoni tingkat dua sebuah bangunan runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini.



Tiga pekerja binaan cedera apabila balkoni tingkat dua sebuah bangunan runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 pagi Isnin, kesemua mangsa yang berumur antara 35 hingga 50 tahun sedang melakukan kerja kemasan terakhir pada koridor di tingkat tiga banglo berkenaan.
Akibat runtuhan itu, ketiga-tiga mangsa terjatuh bersama lantai koridor berkenaan sebelum dihempap dan mengakibatkan kecederaan teruk di kepala, badan dan kaki mereka.
Kesemua mangsa kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh dan keadaan mereka dilaporkan kritikal.

Pengawal Keselamatan Maut Ditembak


Seorang pengawal keselamatan maut ditembak selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun melibatkan RM170,000 berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata laporan awal menunjukkan Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, mati akibat ditembak pada bahagian tulang rusuk kiri oleh seorang suspek bermotosikal dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi.
Beliau berkata mangsa yang berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpangsebuah kenderaan pacuan empat roda bersama dua lagi rakan sekerjanya, baru selesai mengambil wang di kawasan itu.
"Kejadian berlaku ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum ketiga-tiga suspek menghampiri dan berhenti di bahagian kiri dan kanan kenderaan itu.
"Seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arah kiri kenderaan jenis Toyota Hilux kepunyaan sebuah syarikat keselamatan," kata Wan Abdul Bari kepada pemberita di sini Isnin.
Wan Abdul Bari berkata terdahulu kesemua pengawal keselamatan berkenaan diarah membuka pintu sebelum dua das tembakan dilepaskan dan terkena Mohd Burhanuddin.
Seorang daripada suspek kemudiannya menyamun sebuah guni berisi wang tunaiRM170,000 yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan itu.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia di PPUM pada pukul 10.57 pagi dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Dua lagi rakan mangsa tidak cedera.
Wan Abdul Bari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Pengawal Keselamatan UTM skudai bodoh


 Satu e-mail diterima dari seorang bapa yang menghadiri majlis konvokesyen UTM pada 22/10/11 berbunyi:

"Pada 22/11/2011 saya telah menghadiri satu majlis penyampaian diploma anak saya 'konvo" Utm sekudai, Johor.
Majlis bermula seawal jam  7.30pagi. Saya telah memasuki dewan majlis tanpa sempat berserapan pagi. Kami ditempatkan ditingkat tiga audotorium...mak ai ..naik lenguh panjat tangga! Sedia maklum majlis yang penuh protokol itu sememangnya membosankan. Apatah lagi ia hanya dimulakan pada kira-kira jam 9.30 pagi. Kami dihidangkan dengan lagu-lagu retro yang sumbang yang malar tak segar oleh kumpulan unit kebudayaan kombo UTM..... Mata menjadi lebih mengantuk dipagi tersebut.

Dipendekkan cerita sekerat jalan penyampaian majlis tersebut saya bercadang untuk keluar kerana semput dan mengalami sesak nafas. Apabila keluar dari audotorium tersebut semua pintu keluar dikunci. setelah berpusing niak turun tangga sehingga tinggkat  kebawah..dapatlah jumpa satu pintu yang dijaga oleh dua orang  pengawal keselamatan wanita separuh abad..(polis bantuan ke?).
Saya pun meinta izin untuk keluar dan menyatakan mengalami sesak nafas...Alangkah terkejutnya apabila dijawab dengan kasar dan tidak memperduli. Kenapalah bangang sangat dan bendul terlampau wanita ini dalam hati saya...Muka kedua  pengawal tersebut yang cantik tetiba kelihatan hodoh dimata saya..
Oleh kerana semput yang mendesak saya memaksa untuk keluar dan m,inta berjumpa ketua mereka untuk minta kebenaran keluar. Lebih malang lagi kedua pengawal tersebut langsung buat tak tahu dan buat-buat tak nampak
Saya hampir pengsan dan pitam kerana kesesakan nafas.....
malas nak cerita..saya pun naik angin dan memaksa untuk dibuka pintu yang dikunci dari luar. Akhirnya kedua pengawal keselamatan bodoh tersebut akur kerana melihat saya naik angin. ribut taufan ..kalau tak naik angin mampus tak diperduli.
moralnya ialah..pakailah otak jangan bendul dan dungu tanpa timbang rasa dan budi bicara! kalau saya mampus kat situ macamana?
Saya  berpengalaman menghadiri   majlis konvokesyen dibeberapa universiti tempatan dan luar negeri anak-anak saya. Tapi belum pernah jumpa pengawal sebebal pengawal UTM sekudai yang tak berilmu...dan dangkal otak....Hot tetap hot!

30 Motosikal Disita, 130 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Trafik KL

Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.
Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP Ng Sook Long berkata operasi itu, yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari pukul 11.30 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.
Operasi itu melibatkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.
Ng berkata pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal.
"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

Sunday, October 30, 2011

Aziz Bari diugut bunuh terima peluru


Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh semalam
Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi Sabtu.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.
Dalam pada itu peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata laporan polis akan dibuat esok.
“Saya sudah menghubungi Prof Aziz, dan beliau berkata laporan polis akan dibuat esok,” jelas beliau.
Siasatan polis dan SKMM dijalankan ekoran beberapa laporan polis..

Saturday, October 29, 2011

Anak Kecil Hadapi Risiko Jangkitan Bila Lawat Pesakit Hospital

 
Di semua hospital dan pusat perubatan sama ada swasta atau awam, terdapat papan kenyataan: "Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk" di pintu masuk utama dan wad.
Sudah tentu hospital mengamalkan konsep mesra pelawat. Kanak-kanak memang dibenarkan masuk jika mereka ditemani orang dewasa setiap masa. Tetapi untuk kesejahteraan pesakit, anak kecil yang tidak sihat memang tidak digalakkan melawat pesakit di hospital
Pihak hospital tidak mahu situasi di mana pesakit akan menjadi cepat letih kerana terpaksa melayan ramai pelawat.
Ini kerana doktor dan jururawat mahu memastikan privasi dan keselesaan pesakit dan membenarkan mereka meneliti serta membuat laporan kesihatan pesakit dengan tepat, kata pegawai itu lagi.
Kenapa Wujudnya Peraturan Sebegini?
Anak bawah 12 tahun biasanya nakal dan ibu bapa mungkin sukar untuk mengawal gelagat mereka bila berada dalam wad. Lagipun wad di hospital bukan sama dengan taman permainan.
Anak kecil biasanya tidak boleh duduk diam dan mungkin lari ke sana sini. Mereka juga mungkin menarik tiub atau mengganggu saluran intavena atau kelengkapan yang lain.
Anak kecil juga mudah menangis. Jika ini berlaku, tangisan kuat mereka boleh mengganggu pesakit lain. Kehadiran anak kecil juga boleh mengganggu jururawat daripada menjalankan tugas.
Individu yang mempunyai penyakit mudah berjangkit seperti selesema dinasihatkan menghindari daripada melawat pesakit di hospital.
Risiko jangkitan
Anak kecil termasuk bayi mempunyai imuniti badan yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Ibu bapa tidak sedar tindakan mereka membawa anak kecil akan mendedahkan kepada risiko dijangkiti.
"Dalam wad sebenarnya terdapat pelbagai kuman dan jika seorang pesakit menyentuh anak yang kecil, beliau dengan tidak sengaja memindahkan jangkitan kepada anak kecil itu.
"Ketika berada dalam wad, anak kecil juga boleh menerima jangkitan daripada pesakit lain dan tidak semestinya daripada pesakit yang mereka lawati. Sungguh menyedihkan jika ibu bapa membiarkan anak mereka menghadapi risiko jangkitan sedangkan situasi ini boleh dielakkan.
Pelawat mungkin membawa masalah kepada pesakit di wad.
Antaranya kecederaan berbentuk fizikal selain mental dan emosi.  Dnasihatikan agar pelawat tidak mengambil masa yang lama untuk melawat pesakit.
Meluangkan masa melawat pesakit adalah sesuatu yang baik tetapi tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama. Lebih baik kerap melawat dengan mengambil masa singkat berbanding mengambil masa yang terlalu panjang. Sebaiknya janganlah melebihi satu jam pada setiap masa.
Juga penting agar tidak melawat jika mempunyai sesuatu yang mudah berjangkit. Pesakit dan kakitangan hospital tidak perlu terkena jangkitan yang dibawa dari luar. "Kalau (anda) ada batuk, selesema, ruam atau cirit-birit, simpanlah dulu niat anda untuk melawat keluarga di hospital. "Juga tidak digalakkan melawat jika kehadiran anda hanya akan mendatangkan keresahan, stres serta kurang selesa kepada pesakit. Jangan anggap pesakit perlu melayan anda.
"Mereka berada di hospital kerana perlukan rawatan untuk sihat semula. Daripada membuatkan mereka keletihan melayan pelawat ada baiknya biarkan mereka berehat sahaja,"  -BERNAMA

Friday, October 28, 2011

Imam (Amil) larikan duit zakat diburu polis

 Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.
Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.
“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.
“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

Thursday, October 27, 2011

Denda RM700 curi baju dalam

Noraida Bahari, 36, ibu kepada dua orang anak masing-masing berusia 12 tahun dan 17 tahun didakwa mencuri seluar jenama Seed dan baju dalam jenama Audrey bernilai RM72.76, di Kompleks So go, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibunegara pada pukul 4.10 petang 26 Oktober 2011.
Beliau dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM700 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan- Bernama.


Tuesday, October 25, 2011

Bakal Jemaah Haji Didakwa Menipu


Hasrat seorang wanita untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji berkemungkinan tidak tercapai selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menipu membabitkan jumlah RM209,000.
Tertuduh, Mardiyah Hashim, 45, yang merupakan seorang peniaga memberitahu bahawa dia sepatutnya bertolak dengan menaiki penerbangan pada Rabu.
Dia terdahulu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Aslam Zainuddin atas tuduhan menipu seorang pengedar, Juhaida Abdul Halim berhubung pembekalan 3,000 pasang telekung yang telah menyebabkan wanita tersebut mendepositkan wang sebanyak RM209,000 ke dalam akaun tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 9 malam, 14 Jun lalu di Restoran Pelita di Seksyen 9, di sini.
Tertuduh yang ditangkap pada 12 September lalu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman.
Aslam menetapkan jaminan terhadap tertuduh pada jumlah RM30,000 dengan seroang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Disember depan.
Beliau juga memerintahkan tertuduh untuk mengemukakan bukti bahawa dia akan mengerjakan haji kerana jika tidak, wanita terbabit perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Thursday, October 20, 2011

Salah Guna Visa - Institusi Swasta Dalam Siasatan

Daripada lapan institusi pengajian tinggi yang kini sedang disiasat oleh Jabatan Imigresen ekoran isu penyalahgunaan visa pelajar, lima daripadanya adalah merupakan pusat bahasa institusi pengajian swasta yang lesennya adalah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.
Menurut sumber, kesemua lapan institusi tersebut berpusat di sekitar Lembah Klang.
Tiga lagi institusi pengajian tinggi swasta yang berada di bawah pemantauan Kementerian Pengajian Tinggi telahpun dikenakan tindakan sekitar September lalu setelah didapati tidak mematuhi peraturan pengambilan pelajar asing.
Bentuk tindakan yang diambil ialah dengan menarik balik kebenaran untuk mengambil pelajar asing.
Ketiga-tiga institusi tersebut juga terletak di Lembah Klang.
Akhbar-akhbar tempatan termasuk akhbar The Star pada Rabu telah melaporkan bagaimana lambakan pelajar-pelajar asing khususnya dari benua Afrika telah menyalahgunakan visa pelajar untuk bermastautin dan menjalankan aktiviti haram di negara ini.
Antara lain mereka mendaftar sebagai pelajar dan selepas membayar kesemua yuran tahunan mereka akan menghilangkan diri atau hanya hadir sekadar untuk merekodkan kehadiran.
Mereka tinggal melebihi had yang dibenarkan di negara ini dengan memperolehi visa secara haram melalui orang tengah yang menjual ‘visa’ tersebut pada kadar RM500 hingga RM1,000.

Monday, October 17, 2011

sms pelacur

Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta. SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.
“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,”
Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:
“Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand.”
Menurut sumber , mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.

Sunday, October 16, 2011

Sekatan jalan seluruh negara oleh JPJ


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara khusus untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata JPJ setiap negeri telah diarah menjalankan sekatan jalan raya termasuk di kawasan pedalaman mulai hari ini untuk memastikan pemilik motosikal mematuhi peraturan jalan raya.
"Mana-mana motosikal yang tidak mengikut spesifikasi dan melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan kompaun," katanya

Friday, October 14, 2011

Panduan seks kelab taat suami laris



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri SenatorJamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

Wednesday, October 12, 2011

pegawai imigresen mati jatuh kondo penuh nisteri


 Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini semalam Mohd Irwan Mohd Ishak 29 dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5 30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya Isteri mangsa Suhaidah Suhardi 35 berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya “Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa tapi dia tak mahu jumpa dia kata abang keluar panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja ” katanya dipetik Bernama Online Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka “Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah ” kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian Mangsa merupakan pegawai penguat kuasa imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah 

Tuesday, October 11, 2011

polis tendang budak lelaki - Suhakam


Anggota polis antirusuhan didakwa menolak seorang pemberita bertudung di kawasan Brickfields manakala yang lain menendang seorang budak lelaki di Pudu ketika meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu, demikian siasatan awam Suhakam dimaklumkan hari ini.
Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu, dia ada melihat seorang pemberita wanita dari TV Selangor ditolak sehingga jatuh di Jalan Tun Sambathan di sini.
“Kami sedang menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana anggota polis menjerit ‘Tangkap! Tangkap!’ Kami nampak seorang budak perempuan yang bertudung, polis menarik dan menolak dia dengan kasar,” kata Chan (gambar).
Dia memberitahu, teman wanitanya yang juga seorang pemberita turut berada di kawasan itu ketika kejadian dan mereka mengambil gambar.
Chan juga mendakwa dia nampak beberapa anggota polis menendang seorang budak lelaki di Jalan Pudu dan mereka juga mengambil gambar kejadian itu.
“Polis memberi amaran agar kami tidak mengambil gambar, dan berkata mereka akan memecahkan kamera kami,” kata Chan yang merupakan saksi pertama dalam siasatan awam Suhakam yang bermula hari ini.

Monday, October 10, 2011

Jemaah haji Malaysia maut jatuh bangunan


 
Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.


Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian

Tidak boleh rakam operasi polis

SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di Kuala Lumpuri, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas.

, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.

Seorang penumpang kereta terbabit pula dilihat merakam perjalanan operasi berkenaan dan apabila tindakan penumpang itu ditegur seorang anggota polis yang bertugas, pemandu terbabit memaki-hamun anggota berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata meskipun pemandu terbabit penjawat awam, pihaknya tidak berkompromi dengannya kerana tindakan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan disebabkan itu pihaknya merampas kamera video milik mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka merakam perjalanan operasi dan bagi mengelakkan mereka menyebarkan rakaman berkenaan, kami memadamkan semua rakaman dalam kamera video itu.


“Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

aksi cegah jenayah


Beberapa anggota polis menggeledah sebuah kereta jenis Iswara Aeroback dalam serbuan kes dadah di sebuah hotel di i, Ahad. Dalam serbuan 9.25 pagi itu, seorang suspek lelaki berumur 39 tahun terbunuh selepas terjatuh dari tingkat tujuh hotel itu ketika cuba mengelak daripada ditahan polis. Dalam serbuan yang sama, tiga lagi suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berumur 30 tahun turut ditahan. --fotoBERNAMA

Friday, October 7, 2011

Saida tARUDIN SAh bercedrai talak satu tebus talak rm1000

Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.
Mohd Ghazali, 41, turut menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika menuruti permintaan Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, untuk diceraikan.
Pada prosiding itu, Mohd Ghazali juga menolak saranan yang diutarakan oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi supaya kedua-dua pihak bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dibuat kerana berpendapat perkara itu tidak perlu dilakukan.
Bagaimanapun, Saida menuruti saranan tersebut dan terus menuju ke arah Mohd Ghazali serta menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut oleh suaminya.
"Sampai hati awak buat macam itu kepada saya," kata Mohd Ghazali manakala Saida yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam hanya mendiamkan diri.
Mohd Ghazali akhirnya akur dengan arahan Mohd Suhaily dan Saida berpeluang mencium tangan suaminya sebelum kembali semula ke tempat duduknya.
Prosiding mahkamah juga tidak berjalan dengan lancar selepas Mohd Ghazali beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak mahu Saida membuat sebarang tuntutan terhadap hak jagaan empat anak dan harta mereka, atas dakwaan perceraian itu disebabkan oleh kecurangan wanita terbabit.
Melihatkan kedegilan Mohd Ghazali, Mohd Suhaily seterusnya menasihatkan bekas jurutera kaji bumi itu untuk memfailkan permohonan baru di mahkamah sekiranya berasakan dirinya telah teraniaya kerana setiap individu berhak untuk mendapatkan keadilan.
Mohd Ghazali bagaimanapun, dilihat masih tidak berganjak daripada pendirian itu selagi kemahuannya tidak dituruti meskipun dinasihatkan oleh Mohd Suhaily yang memetik surah Al-Quran.
"Saya masih menghormati encik dan tidak akan menghalau kamu keluar daripada mahkamah ini. Berkenaan harta, mahkamah tiada masalah jika plaintif (Saida) bersetuju dengan permohonan itu.
"Tetapi haram kalau dipisahkan ibu dengan anak-anak mereka. Saya tidak boleh benarkan mahkamah berbuat begitu," tambah Mohd Suhaily.
Saida ketika ditanya mengenai permintaan Mohd Ghazali mengakui dia tidak mempunyai bantahan jika semua hartanya diserahkan kepada suaminya, tetapi akan berasa sedih dalam hal yang melibatkan anak-anak.
Selesai sahaja prosiding mahkamah, Mohd Ghazali bergegas untuk meninggalkan mahkamah manakala Saida yang hadir dengan peguam syarie Ahmad Nazib Johari enggan memberikan sebarang komen.
Pasangan tersebut bernikah pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi itu di Kuala Lipis, Pahang dan dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4.
Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 atas alasan tiada persefahaman selain tidak ditahan dengan sifat suaminya yang menyakitkan hati dan mengongkong.
Pada prosiding 18 Mac lalu, mahkamah juga dimaklumkan antara alasan Saida mahu dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang di materai sejak 15 tahun lalu adalah kerana Mohd Ghazali tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail yang telah meninggal dunia pada 15 Februari 2009.
Mohd Ghazali yang sebelum itu tidak begitu gemar membuka mulut mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya bersuara pada 12 Mei lalu apabila mendakwa Saida sedang 'angau' dengan rakan sekerjanya bernama Hafiz Che Mat.
Dia juga mendakwa, pernah berjumpa Saida dan lelaki itu di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini dan pernah membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) perkataan sayang dan rindu pada telefon bimbit isterinya selain bil telefon menunjukkan mereka berbual dalam tempoh berjam-jam.
Mohd Ghazali seterusnya menambah, 'anasir luar itulah' yang telah menyebabkan Saida mahu bercerai dan bertindak keluar daripada rumah kelamin mereka di Alam Damai, Cheras.
Keengganan Mohd Ghazali menceraikan Saida juga menyebabkan mereka melalui proses hakam sebanyak tiga kali dan semuanya gagal mencari jalan penyelesaian dan berpendapat perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan.
Meskipun telah beberapa kali naik turun mahkamah, Mohd Ghazali tetap berkeras bahawa dia tidak akan melepaskan Saida dan berhasrat mahu membawa isterinya menunaikan umrah, bagaimanapun pelawaan itu ditolak oleh Saida.

Thursday, October 6, 2011

Azhar Sulaiman dan penyanyi azrin dipenjara

Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.
Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.
Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.
Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

Seorang saja anggota polis langgar SOP?

Seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.
Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin

halaman