Saturday, October 29, 2011

Anak Kecil Hadapi Risiko Jangkitan Bila Lawat Pesakit Hospital

 
Di semua hospital dan pusat perubatan sama ada swasta atau awam, terdapat papan kenyataan: "Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk" di pintu masuk utama dan wad.
Sudah tentu hospital mengamalkan konsep mesra pelawat. Kanak-kanak memang dibenarkan masuk jika mereka ditemani orang dewasa setiap masa. Tetapi untuk kesejahteraan pesakit, anak kecil yang tidak sihat memang tidak digalakkan melawat pesakit di hospital
Pihak hospital tidak mahu situasi di mana pesakit akan menjadi cepat letih kerana terpaksa melayan ramai pelawat.
Ini kerana doktor dan jururawat mahu memastikan privasi dan keselesaan pesakit dan membenarkan mereka meneliti serta membuat laporan kesihatan pesakit dengan tepat, kata pegawai itu lagi.
Kenapa Wujudnya Peraturan Sebegini?
Anak bawah 12 tahun biasanya nakal dan ibu bapa mungkin sukar untuk mengawal gelagat mereka bila berada dalam wad. Lagipun wad di hospital bukan sama dengan taman permainan.
Anak kecil biasanya tidak boleh duduk diam dan mungkin lari ke sana sini. Mereka juga mungkin menarik tiub atau mengganggu saluran intavena atau kelengkapan yang lain.
Anak kecil juga mudah menangis. Jika ini berlaku, tangisan kuat mereka boleh mengganggu pesakit lain. Kehadiran anak kecil juga boleh mengganggu jururawat daripada menjalankan tugas.
Individu yang mempunyai penyakit mudah berjangkit seperti selesema dinasihatkan menghindari daripada melawat pesakit di hospital.
Risiko jangkitan
Anak kecil termasuk bayi mempunyai imuniti badan yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Ibu bapa tidak sedar tindakan mereka membawa anak kecil akan mendedahkan kepada risiko dijangkiti.
"Dalam wad sebenarnya terdapat pelbagai kuman dan jika seorang pesakit menyentuh anak yang kecil, beliau dengan tidak sengaja memindahkan jangkitan kepada anak kecil itu.
"Ketika berada dalam wad, anak kecil juga boleh menerima jangkitan daripada pesakit lain dan tidak semestinya daripada pesakit yang mereka lawati. Sungguh menyedihkan jika ibu bapa membiarkan anak mereka menghadapi risiko jangkitan sedangkan situasi ini boleh dielakkan.
Pelawat mungkin membawa masalah kepada pesakit di wad.
Antaranya kecederaan berbentuk fizikal selain mental dan emosi.  Dnasihatikan agar pelawat tidak mengambil masa yang lama untuk melawat pesakit.
Meluangkan masa melawat pesakit adalah sesuatu yang baik tetapi tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama. Lebih baik kerap melawat dengan mengambil masa singkat berbanding mengambil masa yang terlalu panjang. Sebaiknya janganlah melebihi satu jam pada setiap masa.
Juga penting agar tidak melawat jika mempunyai sesuatu yang mudah berjangkit. Pesakit dan kakitangan hospital tidak perlu terkena jangkitan yang dibawa dari luar. "Kalau (anda) ada batuk, selesema, ruam atau cirit-birit, simpanlah dulu niat anda untuk melawat keluarga di hospital. "Juga tidak digalakkan melawat jika kehadiran anda hanya akan mendatangkan keresahan, stres serta kurang selesa kepada pesakit. Jangan anggap pesakit perlu melayan anda.
"Mereka berada di hospital kerana perlukan rawatan untuk sihat semula. Daripada membuatkan mereka keletihan melayan pelawat ada baiknya biarkan mereka berehat sahaja,"  -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman