Thursday, October 20, 2011

Salah Guna Visa - Institusi Swasta Dalam Siasatan

Daripada lapan institusi pengajian tinggi yang kini sedang disiasat oleh Jabatan Imigresen ekoran isu penyalahgunaan visa pelajar, lima daripadanya adalah merupakan pusat bahasa institusi pengajian swasta yang lesennya adalah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran.
Menurut sumber, kesemua lapan institusi tersebut berpusat di sekitar Lembah Klang.
Tiga lagi institusi pengajian tinggi swasta yang berada di bawah pemantauan Kementerian Pengajian Tinggi telahpun dikenakan tindakan sekitar September lalu setelah didapati tidak mematuhi peraturan pengambilan pelajar asing.
Bentuk tindakan yang diambil ialah dengan menarik balik kebenaran untuk mengambil pelajar asing.
Ketiga-tiga institusi tersebut juga terletak di Lembah Klang.
Akhbar-akhbar tempatan termasuk akhbar The Star pada Rabu telah melaporkan bagaimana lambakan pelajar-pelajar asing khususnya dari benua Afrika telah menyalahgunakan visa pelajar untuk bermastautin dan menjalankan aktiviti haram di negara ini.
Antara lain mereka mendaftar sebagai pelajar dan selepas membayar kesemua yuran tahunan mereka akan menghilangkan diri atau hanya hadir sekadar untuk merekodkan kehadiran.
Mereka tinggal melebihi had yang dibenarkan di negara ini dengan memperolehi visa secara haram melalui orang tengah yang menjual ‘visa’ tersebut pada kadar RM500 hingga RM1,000.

No comments:

Post a Comment

halaman