Monday, October 10, 2011

Tidak boleh rakam operasi polis

SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di Kuala Lumpuri, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas.

, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.

Seorang penumpang kereta terbabit pula dilihat merakam perjalanan operasi berkenaan dan apabila tindakan penumpang itu ditegur seorang anggota polis yang bertugas, pemandu terbabit memaki-hamun anggota berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata meskipun pemandu terbabit penjawat awam, pihaknya tidak berkompromi dengannya kerana tindakan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan disebabkan itu pihaknya merampas kamera video milik mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka merakam perjalanan operasi dan bagi mengelakkan mereka menyebarkan rakaman berkenaan, kami memadamkan semua rakaman dalam kamera video itu.


“Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

No comments:

Post a Comment

halaman