Wednesday, June 30, 2010

Pejabat Suara Keadilan diserbu peneroka Felda

Betulke ni wakil peneroka?

Wakil-wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dari Hulu Selangor, Negeri Sembilan,
Perak dan Johor melakukan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13,
di Shah Alam hari ini. Mereka membantah laporan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap". Foto BERNAMA

wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak hari ini mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini.

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan berteriak "Hidup Felda! Hidup FELDA!" dan ada di kalangan penunjuk perasaan itu yang membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Majlis Belia Felda Selangor Aziz Ngah Mat Daud berkata, kehadiran mereka bertujuan membantah laporan Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun 2010 yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap".

Laporan Suara Keadilan itu berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan Felda bankrap, katanya.

Exco Majlis Belia Felda, Ku Zahrin Shah Ku Mansur berkata Majlis Belia Felda mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan dan akhbar yang menyiarkan berita-berita berunsur fitnah, bohong dan mengelirukan yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Aziz Ngah kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib yang ditemani oleh peguam akhbar itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu dan mereka bersurai selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Pada sidang akhbar kemudian, Dzulkarnain berkata Suara Keadilan memahami sentimen warga peneroka terhadap Felda tetapi pihaknya berpegang teguh terhadap apa yang telah disiarkan.

"Felda akan saman Suara Keadilan, biarlah proses undang-undang berjalan, biar mahkamah menentukan," katanya.

Beliau berkata, artikel itu mengandungi "ulasan adil" kerana memetikkenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, AhliMajlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ahmad Zaid Ibrahimdan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong. - BERNAMA


Betulke mereka ni wakil peneroka atau penunjuk perasaan yang ditaja?

Tak nampakpun macam peneroka.......................

atau mereka diteroka?

atau wakil parti?.................

Jauhari boleh kenal maknikam

rajagopal boleh kenal minachi

nyonya boleh kenal apek..

Sekumpulan yang mengaku dari Felda diuar-uar mahu menghantar memorandum kepada Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Tidak diketahui sama ada kumpulan seramai kira-kira 100 orang yang mengaku sebagai orang Felda dan menaiki enam bas itu ditaja pihak tertentu.

2:53 pm: Pada masa ini, mereka sedang berkumpul di bawah pejabat dan melaungkan kata-kata tertentu.

2.58 pm: Ketika ini, seorang jurucakap kumpulan berkenaan sedang membaca kandungan memorandum berkenaan.

3:02: Kumpulan sedang membakar akhbar Suara Keadilan di jalan raya bertentangan pejabat Suara Keadilan hingga mengganggu aliran trafik.

3:07pm: Pengurusan Suara Keadilan menerima serahan memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

3:10pm: Selepas menyerahkan memorandum, kumpulan itu mulai bersurai.

3:15pm: Kumpulan itu sudah bersurai sepenuhnya dan sidang media sedang berlangsung.


No comments:

Post a Comment

halaman