Tuesday, October 25, 2011

Bakal Jemaah Haji Didakwa Menipu


Hasrat seorang wanita untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji berkemungkinan tidak tercapai selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menipu membabitkan jumlah RM209,000.
Tertuduh, Mardiyah Hashim, 45, yang merupakan seorang peniaga memberitahu bahawa dia sepatutnya bertolak dengan menaiki penerbangan pada Rabu.
Dia terdahulu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Aslam Zainuddin atas tuduhan menipu seorang pengedar, Juhaida Abdul Halim berhubung pembekalan 3,000 pasang telekung yang telah menyebabkan wanita tersebut mendepositkan wang sebanyak RM209,000 ke dalam akaun tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 9 malam, 14 Jun lalu di Restoran Pelita di Seksyen 9, di sini.
Tertuduh yang ditangkap pada 12 September lalu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman.
Aslam menetapkan jaminan terhadap tertuduh pada jumlah RM30,000 dengan seroang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Disember depan.
Beliau juga memerintahkan tertuduh untuk mengemukakan bukti bahawa dia akan mengerjakan haji kerana jika tidak, wanita terbabit perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

1 comment:

che nor said...

Mardiyah hashim buat hal lagi..giat menipu sana sini,terbaru mangsa rm70k ditipu oleh mardiyah hashim ni...7/7/13

Post a Comment

halaman