Monday, February 28, 2011

Pokok petai menangis

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.
Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

JIN JENGLOT, ANAK KERAK DI K.TERENGGANU

Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.
Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.
“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.
Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Saturday, February 26, 2011

Nina montok untuk penoreh getah


(sekadar gambar hiasan) 


Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu  seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.



Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.


 Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran. 

Wednesday, February 23, 2011

Pelatih PLKN mati

Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, dekat sini rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam.
Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.
"Semakan rekod perubatan mendapati Allahyarham tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan telah disahkan oleh pegawai perubatan. Semasa dalam kem dia sentiasa cergas dan mengikuti semua aktiviti latihan,” kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu berkata rekod menunjukkan Allahyarham pernah menerima rawatan sekali sahaja akibat batuk.
Jenazah Syed Abdul Rahman telah selamat diterbangkan ke Kuching petang tadi, kata kenyataan itu.
Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui. - Bernama

sms beng hock didedah

- "SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah datang, mereka periksa komputer'' dan "Jangan cemas, sila bertenang. Jika perlukan apa-apa pertolongan, sila hubungi bila-bila masa.''
Itu adalah dua daripada 32 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Cina yang diterjemahkan untuk pertama kali sejak ia ditemui dalam telefon bimbit milik Teoh Beng Hock pada 22 Julai, dua tahun lalu.
Terjemahan itu dibuat oleh seorang jurubahasa mahkamah selepas diarahkan oleh Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusi suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor itu dalam prosiding hari ini.
Turut ditemui adalah dua SMS yang melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Beng Hock yang berbunyi:
"Beng Hock, apa khabar. Tadi ada orang mengatakan awak mati terjun bangunan. Saya sangat takut dan terkejut. Selepas itu ada orang kata awak tidak apa-apa. Baru senang hati. Harap awak tidak apa-apa - kak lan.''
"Awak sudah popular. Awak macam mana. Kami bimbang akan awak. Sudah keluar nanti, jangan lupa laporkan yang awak selamat.''
Selain itu, terdapat berapa SMS berupa makluman, petikan sajak termasuk jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2009.
Turut ditemui adalah satu SMS yang seolah-olah dihantar secara rambang berbunyi: "Nyawa Beng Hock telah menerangi dunia semua orang. Hantarlah dia. Kita perlu menjaga anaknya.''
Bagaimanapun, maklumat tentang siapa penghantar atau penerima, masa dan tarikh semua SMS tidak disebut secara terperinci.
Sementara itu, pegawai penyiasat daripada Seksyen Jenayah Komputer, Makmal Forensik Cheras, Inspektor Mohd. Zaidi Abu Hassan semasa memberi keterangan berkata, terdapat beberapa SMS yang telah dibuka dan dibaca selepas kematian Beng Hock.
Hasil analisis ke atas telefon bimbit Beng Hock, beliau mendapati panggilan terakhir dibuat kepada ketuanya, Ean Yong Hian Wah pada pukul 6.15 petang, 15 Julai 2009, manakala panggilan terakhir diterima pada pukul 6.18 petang, hari yang sama.
Sementara panggilan tidak berjawab yang terakhir diterima daripada Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong pada pukul 5.19 petang, 15 Julai 2009.
"Hasil analisis saya, memang SMS tersebut tidak mengikut susunan. Bagaimanapun sistem dan peralatan yang saya guna tidak benarkan sebarang pengubahan data,'' katanya.
Turut memberi keterangan adalah ahli kimia dan pegawai sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Zaraiha Awang dan Saiful Fazamil Mohd. Ali serta pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. K. Saravanan.
Terdahulu, Cheng Yuen memaklumkan pihaknya akan turut menghantar surat kepada syarikat telekomunikasi, Digi Telecomunications Sdn. Bhd. untuk mendapatkan rekod terperinci bagi penggunaan telefon bimbit Beng Hock termasuk SMS dan panggilan yang telah dipadamkan.
Katanya, penyiasat bebas yang akan membuat analisis juga akan dilantik dalam tempoh terdekat dan ia akan diumumkan sebaik sahaja pelantikan berkuatkuasa.
Berhubung pakar patologi dari Thailand dan United Kingdom, Dr. Pornthip Rojanasunand dan Prof. Dr. Peter Venezis, jelas beliau tiada sebarang maklum balas diterima walaupun surat rasmi telah dihantar.
Katanya, cubaan untuk menghubungi telefon bimbit Pornthip telah dilakukan namun tiada sebarang respons hingga hari ini.
Berikutan itu, suruhanjaya akan mendapatkan kerjasama daripada Kedutaan Malaysia di Thailand bagi memastikan kehadiran pakar patologi itu.
Menurut Cheng Yuen, suruhanjaya akan mendapatkan khidmat pakar tulisan dari United Kingdom bagi menganalisis nota dan dokumen yang difikirkan perlu.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan semua pihak khususnya media agar tidak lagi merujuk tiga pegawai pengendali suruhanjaya itu sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Sementara permohonan peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah agar pakar psikiatri, Dr. Ba'diah Yahya dibenarkan untuk mengikuti prosiding serta membuat pemerhatian terhadap saksi-saksi akan diputuskan oleh suruhanjaya esok.{UMO}

Tuesday, February 22, 2011

Kes Adam Tumiran {hakim mahkamah tinggi syarie} dan Nurul Izani mat Isa


(adam tumiran berbaju gelap didepan dengan pasangannya bertudung nurul izani)

 Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 22 Mac bagi membuat keputusan permohonan memindahkan perbicaraan kes khalwat hakim syarie dan pasangannya ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Nik Bukhari Hashimy membuat keputusan itu selepas menimbangkan bahawa pihak pendakwaan perlu meneliti bantahan bertulis daripada pihak pembelaan yang baru difailkan hari ini kerana menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu.

Pada prosiding lepas pihak pendakwaan, yang diwakili Ketua Pendakwa Syariah Zulhairi Aziz, membuat permohonan supaya perbicaraan kes khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 34, dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Adam dan Nurul Izani, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur, dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 Disember 2010, jam 2.05 pagi di rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang, manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah juga membenarkan jaminan kedua-dua tertuduh dilanjutkan. Adam dan Nurul Izani diwakili peguam bela Munawir Abdul Aziz.-Bernama

Misteri kehilangan Mastura (Pro-M): diculik dan dipukau?

Masturah hanya sedar ketika berada di masjid
Hazayani Zakaria

Cara kehilangan calon Umum Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar yang ditemui malam tadi masih menjadi misteri apabila beliau tidak dapat mengingati apa yang berlaku sebelum beliau hilang.
Masturah, 22, sebaliknya hanya berada dalam keadaan sedar ketika berada di sebuah masjid di Bangi malam tadi.
Masturah terus meminjam telefon bimbit seorang jemaah masjid dan menghubungi ibunya.
Setelah mendapat penggilan berkenaan, ibu dan bapanya terus bergegas ke masjid berkenaan untuk menjemput Masturah.
Menurut wakil calon, Rohayu Rosli yang turut menziarahi Masturah di rumahnya(gambar Masturah dua dari kanan)setelah dibawa pulang, Masturah kelihatan lemah dan tidak mampu bercakap banyak.
Beliau juga tidak dapat mengingati bagaimana beliau boleh berada di masjid tersebut dan apa yang berlaku selepas beliau membeli kredit tambahan telefon bimbitnya di sebuah kedai di Pangsapuri Pantai Permai, tempat beliau hilang.
"Keadaan dia memang lemah, nampak letih. Kami sampai rumah dia, tengok mak dia tengah suapkan makan.
"Masturah dapat mengingati kami dan saya tanya dia ingat tak apa yang berlaku. Dia kata tak ingat. Yang dia ingat dia beli top up, lepas tu bila terjaga dia dah ada di masjid," ceritanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Rohayu, ibu bapa Masturah berada di pangsapuri Pantai Permai untuk menemui seorang uztaz, bagi meminta pertolongannya mencari Masturah sewaktu menerima panggilan Masturah.
Sebelum itu, ibu bapa Masturah bersama-sama Pro-M mengadakan solat hajat di dataran hadapan Dewan Tunku Canselor.
Rohayu berkata, keadaan Masturah sewaktu ditemui sama seperti sebelum beliau hilang iaitu berbaju kurang batik, tudung merah jambu dan kot labuh.


bahana suap Jais

Seorang penyelia spa dipenjara sehari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan merasuah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membebaskan pekerja wanitanya yang ditangkap khalwat, tahun lalu.
Hakim Bakri Abd Majid membuat keputusan itu terhadap Ng Heng Goon, 27, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. 
Mengikut pertuduhan pilihan itu, Ng dari Pulau Pinang didakwa memberi suapan RM3,000 kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguat Kuasa Jais, Sharom Maarof, di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Menara Selatan, Seksyen 5 di sini, jam 11.40 malam pada 15 Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Monday, February 21, 2011

azizah mahzan merajuk dan berhenti berlakon

Azizah nekad berhenti berlakon kerana kecewa dengan skrip tidak berkualiti.
KUALA LUMPUR: Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.
Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.
“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.
“Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini.
Tambah Azizah, dia kecewa apabila skrip tersebut bukan sahaja tidak berkualiti tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang telah memperlihatkannya sebagai pelakon tidak profesional.
Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima mana-mana tawaran selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.
“Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.
“Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.
“Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu,” katanya kesal.


Katanya, dia juga kecewa dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend dan cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.
“Saya tahu stesen televisyen mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.
“Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata,” katanya.
Jelas Azizah, dia kini mencari rezeki di luar bidang hiburan dan berhasrat untuk berhijrah ke luar negara.
“Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaja, dan kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara,” katanya.

broadbang dan bontot

Jurujual celcom jual bontot

Gambar ini diambil disebuah pasaraya Econsave di Kota Kemuning Shah Alam pada 20/12/2010
distall celcom. Jurujual celcom ini dengan bangganya dan sengaja menayangkan bontotnya. 

Friday, February 18, 2011

kasihan Nora..

 Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.
“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.
“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.
Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.
Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.
Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.
Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.
“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?
“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.
Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.
“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.
Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.
“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.
“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.
Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.
Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain. (keadilandaily)

Thursday, February 17, 2011

700,000 kondom dicuri


Polis menahan tiga pekerja kilang yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa berhubung kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM850,000 dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan semalam di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan di lebuh raya utara-selatan.

"Ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata, polis percaya kes itu didalangi sindiket yang mempunyai rangkaian di luar negara.

Kontena yang berisi bahan kelengkapan seks itu yang dihantar dari Pelabuhan Klang ke Tokyo pada 6 Januari lalu didapati hilang setibanya di Tokyo pada 25 Januari lalu. Kondom itu dihasilkan di dua kilang iaitu Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah dan Kawasan Perindustrian Jelapang di sini.

Shukri berkata, dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan kondom itu iaitu di Balai Polis Pusing, Batu Gajah pada 25 Januari, manakala satu lagi di Balai Polis Ipoh sehari kemudian.

"Berdasarkan laporan itu, lori kontena itu keluar dari kilang di Batu Gajah pada 6 Januari dan singgah di kilang di Jelapang sebelum ke Pelabuhan Klang, Selangor dan kontena itu disimpan selama beberapa hari sebelum dihantar ke Jepun," katanya.-Bernama

Warga emas dipukol mati remaja ditembak UPP Kelantan

TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA

--------------------------------------------------------------------

Ulasan YB Dato Husam Musa berkaitan Tragedi di Pengkalan Kubor




(sumber lain)


Malang menimpa seorang warga emas berumur 56 tahun di Pengkalan Kubur. Beliau dipukul sampai mati tanpa belas kasihan oleh 4 orang anggota UPP manakala seorang remaja berusia 19 tahun yang menjadi saksi kejadian ditembak sebanyak 2 kali, 1 tembakan di dada & 1 tembakan diperut.
Berita pertama keluar di RTM 1 jam 5 petang tadi, dilapor "pihak berkuasa berjaya mematahkan sindiket penyeludupan beras TERBESAR di Kelantan" sedangkan ketika berita itu disiarkan, bedah siasat pada mayat Pakcik Sa'aid masih belum dimulakan lagi, dan pada jam 11.00 malam tadi baru selesai.

TPU (Topeng Perak Unmasked)
 yang sempat menziarahi rumah keluarga Arwah Pakcik Sa'aid mendapati keadaan rumah keluarga Arwah agak uzur. Timbul persoalan bagaimana boleh seorang penyeludup beras TERBESAR tinggal di rumah sendiri yang hampir runtuh..?

Persoalan kedua yang timbul pula ialah mengapa saksi utama kejadian, seorang remaja berusia 19 tahun ditembak..?

KAKITANGAN HT mengusung Ahmad Nizamuddin yang parah selepas terkena dua das tembakan untuk dibawa ke HRPZ II.
Tragedi berdarah ini berlaku pada pagi tadi pada lebih kurang jam 8.00 pagi. Pakcik Sa'aid telah ditahan oleh 4 orang anggota UPP dan selepas itu telah dipukul sehingga meninggal dunia. Semasa anggota UPP memukul pakcik Sa'aid, sorang anak saudaranya telah lalu berdekatan tempat kejadian dan telah lihat apa yang berlaku. Lalu dia pulang ke rumah untuk melaporkan kejadian yang berlaku. Ini menyebabkan orang kampung yang mengenali Pakcik Sa'aid menjadi marah dan kemudiannya mereka berkumpul lalu pergi ke Hospital Kelaboran.

Sebaik tiba di Hospital, kelihatan 4 orang UPP yang memukul Pakcik Sa'aid turut berada di sana, remaja itu terus menunjukkan kepada orang kampung - " Inilah anggota UPP yang pukul Pakcik Sa'aid,". Orang kampung yang marah cuba untuk mendapatkan penjelasan mereka, bagaimanapun 3 orang anggota UPP itu terus melarikan diri. Manakala sorang anggota UPP yang telah terkepung terus melepaskan 2 das tembakan pada dada dan perut remaja itu.

Keluarga arwah mengakui perbuatan Pakcik Sa'aid itu menyalahi undang-undang, tetapi apa perlunya membelasah orang tua berusia 56 tahun sehingga mati..?. Adakah negara ini tiada undang-undang?

(dipetik dari TPU)


---------------------------------------------------------------------


Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap kejadian tersebut disiasat dengan terperinci {dipetik dari blog perisik rakyat}

ALLY ISKANDAR BERTUNANG


ALLY ISKANDAR TV3 selamat bertunang dengan pemenang kedua Gadis Melayu 1, Nur Aisyah pada 11 Februari lalu.



Wednesday, February 16, 2011

Saiful beronani?


KUALA LUMPUR 16 FEB:  Peguam Bela Karpal Singh menggesa agar Peguam Negara membatalkan kes ini setelah pengakuan pegawai perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL) Dr Khairul Nizam pagi tadi bahawa borang proforma dan laporan kesihatan Saiful Bukhari Azlan tidak lengkap dan banyak keraguan dan pertelingkahan bukti timbul dalam pertuduhan ini.
"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.
"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah pagi tadi.
Prosiding ditangguhkan ketika Pendakwaraya Nordin Hasan sedang menyoal balas Khairul.
Bagaimanapun gangguan bekalan elektrik kira-kira jam 11  menyebabkan prosiding ditangguhkan pada jam dua nanti.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar perbuatan politik kotor dan penganiyaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dihentikan segera.
"Prejudis untuk teruskan hal ini, jadi untuk memurnikan badan kehakiman, hentikan kes ini kerana ini keterangan doktor yang kami perolehi.
"Sekali lagi doktor menyatanya tidak ada penetrasi. Hentikan cara politik ala mubarak untuk bersihkan badan kehakiman," tegas Anwar.
Disoal pada sebelah pagi tadi Dr Khairul Nizam mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan  kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Khairul konklusi laporan proforma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.
Ketika menjawab soalan Peguambela Karpal Singh, beliau mengaku tidak mengisi borang proforma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.
Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.
Khairul turut menyatakan Saiful tidak mengisi rekod kesihatannya dalam borang itu.
Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan onani, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

Sebelum itu pada sesi perbicaraan pagi menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan. 
Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.

Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
Perbicaraan bersambung jam 2 petang......

SPRM tahan tiga anggota JPJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dan seorang orang awam kerana disyaki meminta rasuah.
Jurucakap SPRM negeri berkata, mereka ditahan sekumpulan pegawai SPRM dalam satu operasi khas di sekitar Shah Alam, Selangor kelmarin.
Menurut beliau, penahanan keempat-empat suspek itu dibuat selepas SPRM menerima aduan daripada orang awam bahawa empat suspek terbabit meminta rasuah sebagai balasan untuk membatalkan saman yang dikeluarkan oleh jabatan itu.
“Dalam operasi itu kita menahan seorang orang awam yang disyaki menjadi orang tengah ketika dia mengambil wang berjumlah RM500 daripada seorang pengadu yang mempunyai masalah saman.
“Selepas soal-siasat lelaki itu mengaku bahawa dia diarahkan oleh tiga anggota JPJ terbabit untuk mengambil wang daripada pengadu,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.[ko]

Monday, February 14, 2011

kes liwat Anwar disambung hari ini


SAIFUL BUKHARI AZLAN HISAP ZAKAR DSAI

Dr Siew Sheue Feng berkata,  Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka," lapor Bernama.
Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
Doktor berkenaan berkata, beliau seterusnya telah mengambil spesimen daripada tekak dan lidah Saiful, menurut laporan itu lagi.

Siew berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.

Tambahnya, Mohd Saiful turut mendakwa tidak dapat duduk selama dua hari akibat perbuatan seks tanpa rela.

                   --------------
Peguam pasukan pembela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.
Sankara Nair, salah seorang peguam Anwar berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut peguam itu, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.

“Ada ujian-ujian yang standard, diamalkan di peringkat antarabangsa seperti PSA ‘antigen’ dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani,” kata beliau dalam soalan kepada pakar patologi forensik HKL Dr Siew Sheue Feng hari ini.

Perbicaraan kes liwat Anwar disambung di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.

“Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?” soal Sankara yang mana Dr Siew mengakui bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.

“Air mani tidak disahkan kerana tiada ujian-ujian dijalankan untuk membuktikan sama ada wujud sama sekali air mani.

“Keseluruhan laporan kimia, jika ia mengatakan kesan air mani wujud pada Saiful, mesti menunjukkan ujian-ujian mengenainya,” kata Sankara kepada pemberita kemudian.

LAPORAN LANGSUNG4.11pm: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan akan bersambung pada Rabu, 8.30 pagi.

3.40pm: Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam dipanggil ke kandang saksi. Ketika disoal oleh Sankara, Khairul berkata Saiful tiba di pusat trauma pada jam 5 petang dan kesnya dikendalikan pada jam 9 malam.


NONEKhairul berkata, Saiful (kiri) kelihatan tenang ketika beliau memeriksa pengadu itu.


Ditanya lanjut, Khairul berkata kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal.

3.29pm: Siew berkata, mani atau spesimen mani boleh diambil dengan berhasil daripada kawasan anus dalam tempoh 46 jam. Sekiranya mani itu di dalam anus, tempohnya selama 65 jam.


Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kesusasteraan perubatan.


3.17pm: Ketika pemeriksaan semula oleh Nordin Hassan, Siew berkata pegawai penyiasat Jude Pereira tidak campur tangan atau mengarahkan pemeriksaan doktor ke atas Saiful.


Siew berkata Jude hanya terlibat dalam menulis keterangan pegawai penyiasat dia dalam borang pro-forma berkenaan.
3.03pm: Sankara menamatkan soal balasnya. Timbalan pendakwa raya Nordin Hassan memulakan pemeriksaan semula. 
3.01pm: Sankara menyifatkan Siew sebagai seorang pembohong.


Siew seterusnya menafikan bahawa seorang pegawai penyiasat bernama Jude Pereira telah memberitahunya bahawa sampel mani yang diambil daripada anus Saiful itu adalah kepunyaan Anwar.


NONETerdahulu, Siew memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan oleh Pereira(kiri) bahawa DNA lelaki yang ditanda "Y" oleh ahli kimia itu adalah kepunyaan Anwar.
2.31pm: Menjawab satu lagi soalan Sankara, Siew berkata beliau cekap dalam menjalankan tugasnya.


Siew juga berkata, laporan kimia diserahkan kepadanya oleh pihak polis dan perkara itu ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.


Katanya lagi, dalam kes Saiful, sampel berkenaan dihantar dua hari selepas pemeriksaan iaitu pada 30 Jun, 2008. Keputusannya diperolehi pada 11 Julai.


2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.
Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.

Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."
Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya.

Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.
2.13pm: Perbicaraan disambung semula di hadapan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
12.32pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2 petang.
11.41am: Sankara meminta Siew membacakan laporan kimia yang menyatakan kesan mani Saiful pada seluar dalam dan seluar panjang mangsa itu.

Siew berkata beliau tidak mencatat perkara itu dalam laporannya.
11.13am: Ketika disoal Sankara, Siew berkata ahli patologi forensik HKL menjalankan tugas dengan cara tidak memihak, tanpa gentar atau pilih kasih, dan semua kes dilayan dengan adil.

Siew berkata ujian DNA tidak dijalankan di HKL tetapi di Jabatan Kimia. Siew juga berkata, beliau juga mempunyai sedikit pengetahuan mengenai DNA.

11.10am: Perbicaraan disambung.
10.52am: Pembelaan memohon tempoh rehat selama 10 minit apabila Karpal yang mengetuai pasukan itu mula memasuki mahkamah.

Hakim membenarkan permohonan itu.

10.39am: Siew membacakan laporan Hospital Pusrawi yang menyatakan anus Saiful dalam keadaan sakit selama dua hari.

Doktor Hospital itu telah memasukkan proktoskop ke dalam anus Saiful dan mendapati tiada koyakan, kecederaan atau discaj.

Siew mengakui beliau hanya menyaksikan jumlah kes serangan seksual yang sedikit berbanding standard antarabangsa. Beliau telah menguruskan 20 kes liwat dan kurang daripada 100 kes rogol sejak tahun 2000.

10.27am: Siew diberikan satu laporan daripada doktor Hospital Pusrawi.

Laporan itu antara lain menyebut mengenai "kesakitan dalam anus."
Pesakit yang dinyatakan dalam laporan itu didakwa telah disakiti dengan tindakan memasukkan plastik ke dalam anusnya, kata Siew lagi yang membacakan laporan berkenaan.

Ketika ditanya oleh pembelaan, Siew bersetuju bahawa kesakitan dalam anus itu mungkin kesan daripada trauma.

Saksi berkenaan berkata, beliau telah memeriksa Saiful sekitar jam 9.12 malam dan Saiful kelihatan tenang.

Sankara berkata, jika pesakit berada dalam kesakitan, proktoskop mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam anus.
NONE10.20am: Soalan yang dikemukakan Sankara itu dibantah oleh Mohd Yusof (kanan) dengan alasan, pembelaan bertanya perkara yang tidak diketahui oleh saksi.

Siew sebelum itu turut memberitahu mahkamah bahawa seorang doktor bernama Dr Suresh turut memeriksa Saiful.

Hakim mengenepikan bantahan oleh Mohd Yusof dan membenarkan pembelaan untuk meneruskan soal balas. 
10.13am: Siew berkata, Saiful berkunjung ke klinik pesakit luar di HKL dan dirujuk ke unit kemalangan dan kecemasan. Selepas itu, Saiful dirujuk ke pusat krisis sehenti di hospital berkenaan, kata Siew.

Saiful tiba di hospital itu pada jam 6 petang, 28 Jun 2008 dan beliau hanya diperiksa pada jam 10 malam. Sankara bertanya, apakah yang berlaku dalam tempoh itu?
10.02am: Ketika ditanya berhubung latar belakang kesihatan Saiful, Siew berkata Saiful telah diliwat oleh seorang VIP sebanyak lapan kali.

Siew seterusnya diminta menjelaskan mengapakah beliau gagal bertanya sepenuhnya berhubung latar belakang kesihatan Saiful.

9.50am: Siew berkata borang yang digunakan mempunyai gambarajah termasuk kemaluan dan bahagian lain tubuh wanita. Justeru, ia tidak sesuai untuk kes liwat.

Katanya, seorang lagi doktor telah membantunya mengisi borang pro-forma itu.

"Juga pegawai penyiasat Jude Pereira mengisikan satu halaman (borang itu)," kata Siew.
NONE9.48am: Siew (kiri) berkata tidak ada borang pro-forma yang spesifik untuk kes liwat. "Hanya sekarang, baru ada."

Pertengkaran mulut berlaku antara saksi dan Sankara.

Siew berkata dia tidak mengisi halaman 4 borang itu kerana ia membabitkan mangsa yang dirogol dan memerlukan persetujuan mangsa.

9.43am: Sankara memulakan soal balas dengan bertanya kepada Siew mengenai borang pro-forma.

Doktor HKL itu menjawab beliau mengisi halaman 3, 5 dan 6 dokumen itu dan borang itu adalah untuk mangsa yang dirogol.

"Tidak ada borang pro-forma spesifik untuk kes liwat di HKL," kata Siew.

9.41am: Perbicaraan dimulakan tanpa kehadiran Karpal.

Ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng tampil sebagai saksi. Peguam Sankara Nair ditugaskan menyoal balas.

Seorang perwakilan dari pejabat kedutaan Amerika Syarikat tiba.

9.37am:
 Perbicaraan masih belum dimulakan kerana menunggu ketibaan Karpal yang dipercayai masih berada di inkuiri Suruhanjaya Diraja Teoh.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Jurubahasa mahkamah telah dua kali bertanyakan bila Karpal akan hadir.

9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair (kanan) supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi bagi membolehkan Karpal turut serta dalam perbicaraan.

"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.
Difahamkan, Karpal berada di mahkamah berasingan bagi mengikuti inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock.

9.05am:
 Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.

Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.
9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.

Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

NONE8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskan membantu pihak pembelaan.

8.39am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.

Turut berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS.
8.36am: Seorang wakil dari pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia juga hadir bersama ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dari PKR.
Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina, yang hadir bagi membuat liputan hari ini.
8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.
8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

halaman