Wednesday, February 16, 2011

SPRM tahan tiga anggota JPJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dan seorang orang awam kerana disyaki meminta rasuah.
Jurucakap SPRM negeri berkata, mereka ditahan sekumpulan pegawai SPRM dalam satu operasi khas di sekitar Shah Alam, Selangor kelmarin.
Menurut beliau, penahanan keempat-empat suspek itu dibuat selepas SPRM menerima aduan daripada orang awam bahawa empat suspek terbabit meminta rasuah sebagai balasan untuk membatalkan saman yang dikeluarkan oleh jabatan itu.
“Dalam operasi itu kita menahan seorang orang awam yang disyaki menjadi orang tengah ketika dia mengambil wang berjumlah RM500 daripada seorang pengadu yang mempunyai masalah saman.
“Selepas soal-siasat lelaki itu mengaku bahawa dia diarahkan oleh tiga anggota JPJ terbabit untuk mengambil wang daripada pengadu,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.[ko]

No comments:

Post a Comment

halaman