Wednesday, February 2, 2011

RAMAI PELAJAR IPT MAKAN MEE SEGERA - DUIT TARAK


Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syazwan Mohd Hasan berkata kelewatan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakibatkan pelajar-pelajar berhadapan dengan masalah.  

Menurut Syazwan, kelewatan tersebut mengakibatkan Mahasiswa terutama di Universiti Malaya(UM) berhadapan tekanan untuk membayar hutang mereka kepada pihak universiti apabila polisi 'zero balance' dilaksanakan di mana akaun mesti kosong. 

Para pelajar yang gagal melunaskan hutang, tidak dibenarkan untuk mendaftarkan subjek mereka.  

"Perkara ini berlaku di UM, dalam masa yang sama UM sekarang sedang melaksanakam polisi zero balance. Di mana akaun pelajar mesti kosong, tidak ada satu sen pun hutang untuk mereka mendaftar subjek. Jadi masalah timbul di kalangan pelajar-pelajar yang masih ada baki hutang yang tidak dijelaskan kerana PTPTN masuk lewat.

Menurut Shazwan, keadaan bertambah buruk kepada pelajar-pelajar yang menyewa rumah di luar kampus. 

Kelewatan pinjaman ini mengakibatkan mereka terpaksa membebankan keluarga, di samping terpaksa membayar hutang yang tertunggak sekiranya tidak mahu berlaku masalah pendaftaran subjek. 

Menurut Shazwan, pihak universiti hanya memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal dan peruntukan perbendaharaan. 

Tegas Syazwan, keadaan seumpama ini membebankan pelajar kerana selain yuran pengajian, mereka juga perlu membeli buku-buku rujukan untuk sesi pembelajaran. 

"Sebab ini wang dipinjam, duit apabila pelajar pinjam, maknanya kena ikut perjanjianlah. Kalau hendak pelajar bayar ikut tempoh, pihak PTPTN pun kena bayar ikut tempoh, baru lah ada win win situation," katanya lagi.       

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Ekonomi GAMIS, Abdul Rauf Othman, bantuan biasiswa JPA secara keseluruhannya akan diberikan pada pertengahan bulan Februari manakala bantuan pinjaman PTPTN pula akan disalurkan kepada mahasiswa secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment

halaman