Thursday, February 10, 2011

PDRM AMBIL ALIH TALIAN NUR

 Sistem NUR Alert (National Urgent Response Alert) yang diwujudkan kerajaan bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak kini diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sistem tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diserahkan kepada PDRM sejak 17 Januari lalu bagi memudahkan urusan penerimaan maklumat, siasatan dan hebahan dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, penyerahan itu dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan pada tarikh tersebut dan dipersetujui agar sistem berkenaan diserahkan kepada PDRM.

"Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar menggunakan sepenuhnya sistem itu bagi menyalurkan maklumat berkenaan kes kehilangan kanak-kanak.[umo]

No comments:

Post a Comment

halaman