Thursday, February 10, 2011

AWAS PENIPUAN DI-INTERNET

Ketika orangramai mengeluh-kesah akan kehilangan wang pelaburan dan tiada petunjuk untuk mendapat kembali modal yang dilabur melalui skim cepat kaya perniagaan forex melalui www.royaltyfx.com. Sahingga kini dilaporkan ratusan ribu ringgit atau malahan jutaan ringgit lesap melalui pelaburan itu dan tiada khabar berita. Laman web tersebut juga telah ditutup dan tiada boleh dihubungi. Beberapa orang pelabur yang mendeposit wang sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kabur dengan situasi tersebut dan masih keliru untuk membuat laporan polis kerana kekurangan maklumat pengendali skim tersebut.


Namun adalah diingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.








Kini telah muncul pula skim yang hampir serupa dan sama seperti royaltifx.com cuma namanya sahaja berbeza iaitu myprofitfx. Modus operandi nya juga sama. walaupun belum terbukti kecurangannya. Asasnya juga sama iaitu forex. Namun maklumat yang didapati adakah  kemungkinan ianya dianjurkan oleh kumpulan yang sama dimana alamat penganjur ditempatyang sama Duta Ria Segambut.

No comments:

Post a Comment

halaman