Tuesday, February 22, 2011

bahana suap Jais

Seorang penyelia spa dipenjara sehari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan merasuah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membebaskan pekerja wanitanya yang ditangkap khalwat, tahun lalu.
Hakim Bakri Abd Majid membuat keputusan itu terhadap Ng Heng Goon, 27, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. 
Mengikut pertuduhan pilihan itu, Ng dari Pulau Pinang didakwa memberi suapan RM3,000 kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguat Kuasa Jais, Sharom Maarof, di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Menara Selatan, Seksyen 5 di sini, jam 11.40 malam pada 15 Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

halaman