Tuesday, February 8, 2011

Albun nyanyian Anwar Ibrahim 'teratak' laris

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali menyumbangkan suara dalam sebuah lagu berjudul Teratak yang merupakan sebuah projek amal Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.Image


Image

“Saya melakukannya sebab Gwo-Burne desak. Saya sangat tidak selesa tetapi cuba berlatih di kamar mandi. Memang saya gemarkan muzik seperti Elvis Presley dan sebagainya, tetapi ini serius.
“Apabila Gwo-Burne bawa saya ke studio, saya mendapati bahagian saya paling susah! Tetapi saya enjoy dan cuba menjiwai lirik sebaik mungkin. Ada sedikit perubahan dibuat agar lebih sesuai dengan saya,” katanya.
Empat lagu dimuatkan dalam album mini tersebut antaranya Teratak yang menampilkan The Wayfarers dengan lagu istimewa dari Anwar dan Elizabeth menerusi Feeling Funselain Jia (Teratak dalam versi Mandarin) dan We Are All The Same.
Kesemua lagu diterbitkan oleh DJ Hope dengan lagu ditulis oleh Danny Tan, lirik oleh Faisal Mustafa, Ivone Tjuatja Dharma (Teratak) dan Gwo-Burne (Teratak dan Feeling Fun) serta disusun oleh James & Co.
Cakera padat edisi terhad Teratak tidak dijual, sebaliknya merupakan ‘cenderahati’ percuma apabila anda menyumbang minimum RM25 kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai cakera padat terhad Teratak, layari www.kelanajayamp.com atau www.uni-tee.org untuk memuat turun trek pilihan anda.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran album Teratak di Subang Jaya, Selasa lalu.
Album Teratak merupakan sebuah projek amal bagi mengumpulkan dana membantu meningkatkan prasarana di kawasan penempatan pengundi berpendapatan rendah.
Sementara itu, Gwo-Burne berkata, apabila pertama kali mendengar suara Anwar, dia hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan nyanyian beliau yang bernada sayu.
“Disebabkan saya masih baru (dalam politik) saya mahu cuba sesuatu yang lain untuk menjana lebih dana sumbangan kepada golongan miskin dalam kawasan Parlimen kami,” jelasnya yang menulis gubahan solo istimewa untuk Anwar
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu projek Teratak ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

halaman