skip to main |
skip to sidebar
Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal Hafizuddin Kamaruddin, 26 dari Temerloh yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
“Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.
“Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.
“Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.
Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap
Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.
Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan polis mesra rakyat dan bersifat pelindung.[hd.n]
halaman
-
Dari Derita ke Kaya Raya: Inilah PKR
-
*"Dulu kata Parti Derita, sekarang dah jadi Parti Kaya Raya. Majlis bukan
lagi di bawah khemah, tapi di hotel mewah. Dari perjuangan rakyat, kini
perjua...
5 weeks ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ
-
________________
ETCサービスをご利用のお客様へ:
インフォメーションMAIL
________________
平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます
今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました
本人操作確認するため為、一時使用制限を...
2 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
5 years ago
-
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim
-
PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden
untuk ses...
10 years ago
-
No comments:
Post a Comment