Monday, February 14, 2011

DADAH: AMENG SPRING MENGAKU SALAH


Ameng Springs dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah. Sementara isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut iaitu memiliki Kanabis seberat 122 gram dan Menthamphemine dengan berat kasar 1 gram ketika di sebuah hotel di Melaka Raya pada 1 Febuari lepas. - Foto BERNAMA
Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya kanabis dan methamphetamine.
Bagaimanapun isteri Ameng, Sabariah Zakariah, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dan kedua mereka didakwa memiliki masing-masing dadah jenis kanabis 122 gram dan satu gram methaphetamine pada 1 Februari lalu jam, 5.20 petang di Hotel Senyum Mesra, Taman Melaka Raya, di sini.

Bagi pertuduhan memiliki kanabis dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, sementara kesalahan memiliki di tuduh mengikut Seksyen 12 (12) akta yang sama. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 12 April depan.

No comments:

Post a Comment

halaman