Friday, April 1, 2011

akta kawalan harga melampau berkuatkuasa

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 undang-undang baru yang memberi kuasa untuk mengheret peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan dan melampau dikuatkuasakan mulai hari ini Undang-undang ini membolehkan peniaga yang didapati mengenakan harga yang ditafsirkan sebagai ‘melampau’ ke atas pengguna boleh dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka boleh dideda maksimum RM100 000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali Jika disabitkan bagi kesalahan kali kedua pula mereka boleh didenda maksimum sehingga RM250 000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali Akta baru ini digubal bagi mengantikan Akta Kawalan Harga 1946 yang dahulunya memerlukan barang-barang yang dikawal harga digazetkan terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil ke atas mereka yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya Laporan media memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi mana-mana syarikat pula jika didapati bersalah di bawah akta baru ini pihak terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500 000 bagi kesalahan kali pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kali kedua Sehubungan itu sebuah majlis di bawah kementeriannya yang dinamakan Majlis Penasihat Harga MPH dan diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom akan bertanggungjawab memantau dan mengendalikan kes-kes di bawah akta baru ini Majlis itu turut dianggotai wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan wakil daripada ahli akademik pertubuhan bukan kerajaan dan dewan-dewan perniagaan Beliau berkata para pengguna juga boleh membuat aduan kepada kementerian menerusi talian 1-800-886-800 Menguls mengenai harga melampau Ismail berkata Ismail Sabri menjelaskan seandainya seorang peniaga menggenakan caj minuman ais kosong sehingga RM1 20 atau RM1 00 segelas sedangkan kosnya tidak sampai tahap itu mereka boleh didakwa sekiranya terdapat aduan daripada pengguna Jun lalu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan berkata apabila Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dikuatkuaskaan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna sekali gus mengelak berlaku manipulasi harga oleh peniaga Akta Kawalan Harga dani Anti Pencatutan 2010 adalah bagi mengawal peniaga untuk tidak mengaut keuntungan berlebihan hingga mencekik pengguna.

No comments:

Post a Comment

halaman