Wednesday, June 30, 2010

Pejabat Suara Keadilan diserbu peneroka Felda

Betulke ni wakil peneroka?

Wakil-wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dari Hulu Selangor, Negeri Sembilan,
Perak dan Johor melakukan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13,
di Shah Alam hari ini. Mereka membantah laporan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap". Foto BERNAMA

wakil peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak hari ini mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini.

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan berteriak "Hidup Felda! Hidup FELDA!" dan ada di kalangan penunjuk perasaan itu yang membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Majlis Belia Felda Selangor Aziz Ngah Mat Daud berkata, kehadiran mereka bertujuan membantah laporan Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun 2010 yang memaparkan laporan muka depan "Felda Bankrap".

Laporan Suara Keadilan itu berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan Felda bankrap, katanya.

Exco Majlis Belia Felda, Ku Zahrin Shah Ku Mansur berkata Majlis Belia Felda mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan dan akhbar yang menyiarkan berita-berita berunsur fitnah, bohong dan mengelirukan yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Aziz Ngah kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib yang ditemani oleh peguam akhbar itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu dan mereka bersurai selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Pada sidang akhbar kemudian, Dzulkarnain berkata Suara Keadilan memahami sentimen warga peneroka terhadap Felda tetapi pihaknya berpegang teguh terhadap apa yang telah disiarkan.

"Felda akan saman Suara Keadilan, biarlah proses undang-undang berjalan, biar mahkamah menentukan," katanya.

Beliau berkata, artikel itu mengandungi "ulasan adil" kerana memetikkenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, AhliMajlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ahmad Zaid Ibrahimdan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong. - BERNAMA


Betulke mereka ni wakil peneroka atau penunjuk perasaan yang ditaja?

Tak nampakpun macam peneroka.......................

atau mereka diteroka?

atau wakil parti?.................

Jauhari boleh kenal maknikam

rajagopal boleh kenal minachi

nyonya boleh kenal apek..

Sekumpulan yang mengaku dari Felda diuar-uar mahu menghantar memorandum kepada Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Tidak diketahui sama ada kumpulan seramai kira-kira 100 orang yang mengaku sebagai orang Felda dan menaiki enam bas itu ditaja pihak tertentu.

2:53 pm: Pada masa ini, mereka sedang berkumpul di bawah pejabat dan melaungkan kata-kata tertentu.

2.58 pm: Ketika ini, seorang jurucakap kumpulan berkenaan sedang membaca kandungan memorandum berkenaan.

3:02: Kumpulan sedang membakar akhbar Suara Keadilan di jalan raya bertentangan pejabat Suara Keadilan hingga mengganggu aliran trafik.

3:07pm: Pengurusan Suara Keadilan menerima serahan memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

3:10pm: Selepas menyerahkan memorandum, kumpulan itu mulai bersurai.

3:15pm: Kumpulan itu sudah bersurai sepenuhnya dan sidang media sedang berlangsung.


Noorazman

PUTRAJAYA - Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang pada 31 Mei lalu mendakwa sebahagian mereka diracun dengan arsenik yang dimasukkan dalam makanan sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata, dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.-KOSMO

inilah kerja Israel...

teringat DS Anwar kena racun arsenik satu ketika dulu.........

Tuesday, June 29, 2010

kisah benar: Jenazah di langit

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.



Pegawai imigresen urut batin dan seks waktu solat jumaat

Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen termasuk seorang pegawai dicekup ketika berada dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkan khidmat urut batin dan seks.

Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empat penguat kuasa yang berusia 25 hingga 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop berkata, pihaknya meragui alasan itu kerana ketika ditahan, mereka dalam keadaan sedang ‘menanti sesuatu’ di ruang tamu premis berkenaan.

“Penguat kuasa terbabit ditahan dan diambil keterangan selepas pihak Jais curiga dengan kehadiran mereka di premis maksiat itu ketika umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat dan premis itu pula hanya kira-kira 100 meter dari masjid,” katanya.

Dalam serbuan sama, Shahrom berkata, pihaknya menahan seorang tukang urut wanita warga Indonesia yang sedang memberikan khidmat urut ‘ghairah’ tanpa pakaian kepada seorang pelanggan bukan Islam yang juga tidak berpakaian.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas orang awam melaporkan premis itu dipercayai menjadi tempat umat Islam melakukan kegiatan maksiat dan melampiaskan nafsu serakah terutama pada waktu solat Jumaat.

“Kita percaya mereka (penguat kuasa Jabatan Imigresen yang ditahan) menganggap anggota penguat kuasa Jais tidak melakukan serbuan untuk tempoh dua jam umat Islam mendirikan solat Jumaat.

Saturday, June 26, 2010

Mickael Jackson dibunuh?

MJ Dibunuh Kerana Wang - Latoya Jackson

ADIK kepada penyanyi Michael Jackson iaitu Latoya Jackson (gambar) mendakwa abangnya telah dibunuh kerana wang memandangkan Raja Pop itu "jauh lebih bernilai selepas kematiannya berbanding ketika masih hidup".

Dalam satu kenyataan kepada laman web mirror.co.uk baru-baru ini, Jackson menegaskan, keluarga dan peminat abangnya berhak untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sebalik kematian penyanyi itu genap setahun yang lalu.

"Saya memang tidak ragu-ragu dia (Michael) telah dibunuh. Apabila mendapat tahu tentang berita kematiannya dan apabila ibu kami menjerit di telefon memberitahu 'dia sudah mati', hanya satu persoalan yang terlintas di fikiran saya iaitu 'siapa yang melakukannya?'"

"Michael dibunuh kerana katalog lagu-lagunya yang sangat bernilai. Pihak yang terlibat dalam konspirasi kematian Michael menyedari betapa tingginya nilai Michael selepas dia mati berbanding ketika masih hidup.

"Anak-anaknya, ahli keluarga dan peminat berhak untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik kematian Michael. Sejujurnya, ia (konspirasi) adalah satu tamparan hebat bukan sahaja kepada Michael, malah kepada ahli keluarganya juga. Ia sangat tidak adil, satu kesalahan besar dan bukannya kemalangan seperti yang dihebahkan," katanya.

Bercerita tentang keadaan ibunya selepas kematian Michael, Jackson berkata: "Saya dapat merasai penderitaan dan kesedihan di mata ibunya. Namun, dia sangat kuat menghadapi keadaan itu dan memilih untuk tidak menangis atau menunjukkan kesedihannya. Saya tahu dia berbuat demikian demi anak-anak Michael."

Sementara itu Raja Pop itu turut menerima 600 batang bunga matahari yang dihantar ke pusaranya di kawasan perkuburan Glendale, California bersempena dengan ulang tahun kematiannya yang pertama hari ini.

Sunflowerguy.com menghantar bunga-bunga tersebut dengan setiap satu mengandungi mesej tersendiri bersama 100 lagi jambangan bunga matahari oleh orang persendirian dan juga 4,000 kuntum bunga ros.

Bunga matahari yang merupakan bunga kegemaran Michael Jackson diletakkan kira-kira 100 kaki dari tanah perkuburan tersebut, ekoran kerja-kerja pembinaan yang dilakukan, lapor tmz.com.

Wakil Sunflowerguy.com, Jason Levin berkata, MJ layak untuk menerima lebih daripada semua barangan termasuk bunga, lilin dan hadiah yang diletakkan di pusaranya.a

Thursday, June 24, 2010

DR ASRI ZAINAL ABIDIN KATA P.PENGARAH PUSAT LATIHAN ALQURAN (ZAMIHAN) PENDUSTA

Zamihan Pendusta - Mohd. Asri
NONE

Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.

Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'.

NONE

Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya.

"Dalam buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.

"Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi.

Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajukBid’ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian.

Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan.

"Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya.

Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul.

"Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.

"Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya.(SUMBER MSO)


Bilamana orang ugama mendusta....apakah ianya munafik?

siapa yang benar diantara mereka?

Wednesday, June 23, 2010

Sah: Ariel Peterpan pelakon lucah!

POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portaldetikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.(Sumber MS)

aha...kamu ketahuan..

jelek dan menjelekkan...

Tuesday, June 22, 2010

ada berita pelik

Berita ini dipetik dari laman web malaysiakini.com

Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.

Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.

Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.

K
eputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.

Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi uminiti.

Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.

Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.

Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker.



Pembunuhan Altantuya: Nasir tak terlibat

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak babit
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

-(dipetik dari: Malaysiakini.)

Uncle Chin Sialan perogol bersiri

CHIN HOCK NAM (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam untuk menghadapi sembilan pertuduhan jenayah seksual.

Usia yang menjangkau separuh abad tidak menghalang seorang pemandu teksi yang dipanggil Uncle Chin untuk mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis sunti yang menaiki teksinya. Mereka didakwa dijadikan pemuas nafsunya.

Namun, perbuatan terkutuk yang didakwa dilakukan dua tahun itu berakhir dengan tertangkapnya Chin Hock Nam, 54, pada 21 Jun lalu.

Tertuduh yang masih bujang dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi menghadapi sembilan pertuduhan iaitu merogol, cubaan merogol dan mencabul lima gadis bawah umur sejak Oktober 2008 hingga Mei tahun ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rogol dan satu cubaan rogol yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad dan Hakim Azwarnida Affandi.

Hock Nam yang tidak fasih berbahasa Melayu turut memohon seorang penterjemah berbahasa Mandarin bagi membantunya memahami pertuduhan.(Sumber KO)

Bangsat punya makhluk...

gila seks...dah la tak tahu cakap melayu...

betul ke orang malaysia nie..


Uncle Chin Sialan perogol bersiri

Sunday, June 20, 2010

Dakwa Saiful Apek: Polis keliru

“Polis dalam dilema sama ada mahu mendakwa pelawak terkenal dan lima lagi rakannya atas kesalahan memiliki dadah ataupun menghisap dadah,” kata Mohd Fadly Hashim, peguam yang mewakili semua tertuduh.

Menurut Mohd Fadly, polis membenarkan semua anak guamannya dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin kerana belum dapat memutuskan dakwaan yang akan dikenakan terhadap keenam-enam mereka.


“Anak guam saya agak sukar untuk didakwa berhubung kes memiliki dadah, kerana semua mereka ditahan di rumah yang boleh diakses ramai orang dan saya nak maklumkan di sini, rumah yang diserbu sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah Subang Jaya Sabtu lalu bukan milik pelawak terbabit, tetapi adalah milik salah seorang daripada lima rakannya yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, disebabkan faktor itulah tempoh dua minggu diberikan polis bagi menentukan sama ada akan mendakwa pelawak dan rakan-rakannya ataupun tidak.


“Pihak polis berkemungkinan mendakwa mereka kerana positif dadah dan jika sabit kesalahan, atas pengalaman saya sebagai peguam, semua mereka hanya akan didenda.


“Mereka juga mungkin akan menjalani tempoh pemerhatian saja kerana ia adalah kesalahan pertama. Itupun jika ujian air kencing kali kedua dijalankan makmal membuktikan mereka positif dadah,” katanya.


Mohd Fadly berkata, disebabkan menunggu keputusan ujian berkenaan jugalah semua anak guamannya dibebaskan dan pihaknya akan dimaklumkan pihak polis berhubung perkembangan kes itu kelak.-(sumber HMO)



Thursday, June 17, 2010

saiful apek dibebaskan

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya.(sumber MS)

telur berdiri

KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.
Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.

Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak. (Sumber HM)

Wednesday, June 16, 2010

Polis bayar pampasan kepada mangsa pukulan maut

Surirumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.

Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.


Peguam M Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.


Manoharan juga berkata pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.


Dalam samannya, Siti Rohana berkata, suaminya Ramli Othman sedang menunggang motosikal bersama-sama Mohamed Fadelli Maulud ketika dipukul Mohd Izwan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran pada kira-kira 1 tengah hari, pada hari kejadian.


Beliau mendakwa tindakan Mohd Izwan menghayun kayu dan memukul kepala Ramli sehingga menyebabkan kematiannya adalah satu tindakan bersifat ganas, membuta tuli, berniat jahat, cuai dan dengan penuh niat untuk membunuh.


Siti Rohana juga mendakwa Mohd Izwan gagal memberikan apa-apa pertolongan cemas bagi menyelamatkan suaminya walaupun abang suaminya, Rahmad Othman, menjerit-jerit meminta pertolongan.


Oleh itu, beliau menuntut suatu deklarasi bahawa defendan telah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan serta suatu deklarasi bahawa defendan telah gagal atau enggan atau cuai dalam mematuhi Seksyen 20,21 dan 24 Akta Polis 1967.


Siti Rohana juga menuntut ganti rugi teruk atau teladan, ganti rugi khas berjumlah RM2,020,652.00 dan faedah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Pada 15 Okt 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Mohd Izwan setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Ramli.


-Bernama

Pistol Pegawai Polis kena curi

Pegawai Polis Kehilangan Pistol, 14 Peluru Hidup

SIBU: Seorang pegawai polis melaporkan kehilangan sepucuk pistol bersama 14 butir peluru yang dibawanya, ketika beliau dan seorang rakan setugas sedang tidur dalam bilik di sebuah hotel di sini semalam.

Pegawai itu dan rakannya yang bertugas di Bahagian Betong, sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat esok apabila mereka mendaftar masuk ke sebuah hotel di Kampung Nyabor malam kelmarin.

Dalam laporan polis itu, pegawai berkenaan berkata, mereka berjaga sehingga 3 pagi, menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia menerusi televisyen dalam bilik mereka di tingkat satu.

Sebelum melelapkan mata, mereka mengunci pintu tetapi tingkap tidak dapat dikunci.

Kira-kira 4 pagi, pegawai terbabit terjaga setelah terdengar bunyi benda jatuh dan apabila diperiksa, beliau mendapati beg kembaranya diselongkar dan pakaiannya bertaburan di atas lantai.

Dalam laporan itu juga, pegawai berkenaan berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600. - BERNAMA

Tuesday, June 15, 2010

saiful apek masih direman

Siasatan polis mengesahkan pelakon komedi, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, serta lima rakannya yang ditahan malam kelmarin, positif penyalahgunaan dadah jenis ganja.


Ketua Polis

Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, siasatan kini dilakukan untuk mengesan dari mana sumber dadah seberat 40 gram yang ditemui di rumah pelakon tersebut diperoleh.

"Oleh itu, kesemua mereka masih ditahan reman sehingga 16 Jun ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Kelmarin, pelawak yang pernah merangkul Anugerah Bintang Popular itu bersama lima rakannya termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan yang turut menemui 40 gram dadah jenis ganja di sebuah apartmen di PJS 7, Sunway dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya itu, kesemua dadah tersebut ditemui di dalam rumah terbabit.

Saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif mengambil dadah jenis ganja.(Sumber UMO)

Sunday, June 13, 2010

Dadah: Saiful Apek ditangkap polis

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannyatermasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam."Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau.

PANGSAPURI Sunway Court di Bandar Sunway tempat Saiful Apek dan lima rakan ditahan malam kelmarin.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

(Sumber MS)

Saturday, June 12, 2010

Lesen Judi: Berjaya ada surat rasmi kelulusan lesen

Dalam kenyataannya yang paling tegas setakat ini, syarikat Berjaya Corporation mengesahkan ia mempunyai surat rasmi Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi sukan, sekali gus menafikan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak kononnya lesen itu belum diluluskan.

Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, awal minggu lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pemberian lesen judi terbaru itu.

Berjaya sebelum ini mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen berkenaan untuk Ascot Sports Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Vincent Tan, pemegang saham terbesar Berjaya Corporation.

Susulan kebangkitan rakyat itu, Perdana Menteri membuat kenyataan di Parlimen bahawa kerajaan kononnya tidak pernah meluluskan pemberian lesen judi sukan itu dan hanya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Namun dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Berjaya Corporation menegaskan ia mempunyai pengesahan rasmi dari Kementerian Kewangan meluluskan lesen perjudian itu kepada ASCOT.

Susulan itu, Vincent Tan bertindak untuk menjual syarikat itu kepada Berjaya Corporation pada harga RM525 juta.

“Kami ingin menegaskan bahawa…Menteri Kewangan (Najib) telah memberi kelulusan untuk memulihkan semua pemberian lessen perjudian sukan kepada Ascot tertakluk kepada syarat tertentu,” tambah kenyataan itu.- (sumber TVS).

Ayoyo...ini apa celita..mau tipu satu malaysia ka...

manyak busuk...


Siasatan PKZ rahsia

Siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) masih berstatus rahsia, kata Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali.

Sehubungan itu, tegas beliau, sebarang perkembangan dan hasil siasatan terbaru mengenainya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak termasuk media sehingga ia diserahkan kepada Peguam Negara.

Beliau memberitahu, tempoh siasatan sesuatu kes rasuah sukar dianggarkan kerana terdapat kemungkinan tinggi penemuan bahan bukti terbaru terutama dalam kes yang menarik perhatian orang ramai.

"Siasatan bergantung kepada bukti. Kalau kita ada bukti baru kita sambung siasatan," katanya.

Semalam, SPRM dalam satu kenyataan balas kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, suruhanjaya itu masih menjalankan siasatan berhubung PKFZ.

SPRM memberitahu, pihaknya sedang mengkaji dan mengenal pasti kelemahan sistem yang membolehkan berlakunya penyelewengan dalam kes itu.

Cho Ha baru-baru ini dilaporkan berkata, siasatan yang dilakukan terhadap isu PKFZ sebelum ini sudah memadai, justeru siasatan terhadap kes itu tidak perlu diteruskan.

(Sumber UM)

Johan Raja Lawak tuntut RM 1j


Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan.
Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta.

pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan.

Johan kemuka saman RM1j

"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.

"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.


"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya.
(sumber MS)

Friday, June 11, 2010

aksi janda seksi :buah dada dolly parton

SEGAMAT: Dia menjadi tumpuan bukan hanya kerana berstatus ‘janda berhias’ malah payudaranya menghairahkan setiap lelaki memandang.

Bagaimanapun, rahsia payudara bersaiz ala ‘Dolly Parton’ berkenaan terbongkar apabila pemeriksaan dijalankan polis menemui ruang khas untuk menyimpan dadah. Taktik terbabit digunakan sejak setahun lalu tetapi terbongkar selepas polis yang menyerbu kediamannya, di Jabi, di sini, jam 6.10 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Bin Mohd Ali, berkata saiz payudara janda terbabit menimbulkan syak dan selepas pemeriksaan dijalankan, pihaknya menemui sejumlah dadah terselit pada coli suspek. “Saiz payudara terbabit menimbulkan syak kerana ia tidak sama tetapi lebih besar di bahagian kiri.

Polis melakukan pemeriksaan sebelum menemui dadah jenis ganja seberat satu gram bernilai RM100 terselit pada coli dipakainya. “Hasil siasatan, suspek orang perantaraan ditugaskan menghantar bekalan dadah dipesan daripada pengedar kepada pelanggan,” katanya.

Siasatan turut mendapati selain bertindak sebagai orang perantaraan dan menggunakan sendiri dadah diperoleh, suspek juga dipercayai menjadi pengedar kecil-kecilan untuk menampung pembelian akan datang dadah terbabit. Ujian air kencing dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
(sumber HM)
.

Bung mokhtar selamat

Hari jumaat memberikan satu rahmat kepada Bung Mukhtar Radin dan Zizie Izati apabila mahkamah tinggi syariah memutuskan pernikahannya adalah sah.
Mahkamah juga mengarahkan supaya pernikahan mereka didaftarkan dengan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Kuala Lumpur, kata peguamnya Zuklifli Che Yong.
Zizie dan Bung bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Manakala pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.
(sumber MK)

Tuesday, June 8, 2010

pembantu perubatan curi dan pakai beratus seluar dalam wanita

Sebahagian daripada seluar dalam wanita yang dijumpai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ketika mengesan suspek untuk pertuduhan mahkamah berkaitan kes dadah semasa sidang media di Kuala Terengganu, semalam. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah. "Tujuan serbuan itu dijalankan adalah untuk mengesan suspek bagi tujuan pertuduhan di mahkamah, namun hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu, polis menemui kira-kira 400 helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli dalam almarinya.


"Lelaki berkenaan tinggal seorang dan masih bujang. Selepas soal siasat dijalankan, suspek mengaku mencuri sebahagian besar daripada seluar dalam wanita itu ketika bertugas di Dungun dan Marang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata, lelaki itu turut memaklumkan bahawa pakaian dalam itu dicuri di sekitar kawasan perumahan di dua daerah berkenaan sejak setahun lalu.


Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.

(Sumber Bernama)


Anwar: Liwat skrip Bollywood

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes meliwat mempertikaikan keterangan pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur berhubung terjumpanya sampel air mani pada badan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menyifatkan percanggahan keterangan doktor HKL dengan laporan perubatan hospital sebagai drama Bollywood.

Anwar membayangkan kemungkinan spesimen DNA yang diperolehi telah diletakkan pihak tertentu bagi mensabitkan beliau dengan kesalahan liwat.

Pakar forensik, Dr David Wells dari Australia memberitahu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh, telah menyatakan prosedur pemeriksaan dakwaan liwat oleh HKL adalah diluar amalan biasa.

Dr Wells adalah profesor kriminologi di Universiti Melbourne serta bertugas di Victorian Institute of Forensic Medicine.

Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata bukti dan dakwaan saksi perbicaraan ini akan dicabar oleh barisan peguamnya yang akan menampilkan 'kejutan'.

"Kita tidak gusar dengan perkembangan ini. Bahkan dalam laporan tersebut ada juga menyatakan terdapat lebih daripada seorang pemilik DNA. Ini seperti drama Bollywood.

"Kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan dalam laporan bahawa tiada penembusan. Doktor (Dr Razali) turut membawa laporan baru daripada kajian makmal. Setelah dua tahun, baru pertama kali kita mendapat tahu mengenai perkembangan ini," kata Anwar.

Beliau berkata sebelum ini pihak pembelaan tidak pernah dimaklumkan dengan penemuan bukti baru tersebut.

Malah notis penangguhan yang dibenarkan hakim selama dua hari tidak dapat memberikan masa yang cukup kepada barisan peguambela untuk membuat persediaan.

Peguam Sankara Nair yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bahawa barisan peguambela telah meminta pandangan lanjut daripada pakar termasuk pakar mikrobiologi.

"Ada bukti baru yang ditampilkan hari ini yang berlainan dengan laporan yang dikemukakan. Ini bersalahan, kerana seolah-olah kita telah di'ambush' dengan bukti baru. Sepatutnya kita diberikan peluang dan ruang untuk membuat persediaan," katanya.

Beliau menganggap keterangan Dr Razali tidak konklusif dan barisan peguambela akan memulakan soalbalas terhadapnya apabila prosiding bersambung esok.

"Banyak lagi perkara lagi yang boleh disanggah," kata Sankara.

Sehubungan itu ketika ditanya samada testimoni Dr Razali memeranjatkan, Anwar berkata perkara sebegini telah dilakukan sejak 12 tahun yang lalu dan beliau tidak berasa risau.

"Anda akan rasa terkejut jika membaca laporan tersebut. Ia menyebut air mani dan sampel DNA dijumpai dari dua individu. Ini betul-betul drama Bollywood.Ini semuanya adalah sera ngan politik terhadap saya. Ini amat jelas. Anda juga akan terkejut air mani tersebut kepunyaan siapa," tegas beliau.

Karpal juga menyatakan prosiding hari ini tidak mengesahkan identiti individu yang dikaitkan dengan air mani yang dijumpai pada badan Saiful sambil mengandaikan kemungkinan ia diletakkan dengan sengaja .

Dr Razali semasa keterangan beliau memberitahu mahkamah adanya dua sampel DNA kepunyaan dua lelaki dan sampel itu diperolehi daripada bahagian atas dan bawah dubur Saiful.

Anwar mendakwa pihak pendakwa tidak bercakap benar apabila mereka tidak membenarkan pasukan pembelaan akses kepada sampel air mani atas alasan hanya ada satu sampel sahaja.

Beliau merujuk kepada kenyataan awal Dr Razali bahawa doktor tersebut menyimpan sebanyak dua set sampel kawalan.

"Apa yang dikatakan oleh doktor adalah perkara baru. Dia berkata ada beberapa spesimen tetapi pihak polis dan pendakwa kata tidak ada lagi spesimen yang tinggal.

"Sekarang setelah satu setengah tahun hanya spesimen ini yang tinggal. Ini semua amat pelik. Saya serahkan kepada peguam dan saya tidak risau. Setelah 12 tahun berhadapan dengan propaganda media, perkara ini tidak ada kesan kepada saya," kata Anwar.

(sumber SK)

halaman