Usia yang menjangkau separuh abad tidak menghalang seorang pemandu teksi yang dipanggil Uncle Chin untuk mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis sunti yang menaiki teksinya. Mereka didakwa dijadikan pemuas nafsunya.
Namun, perbuatan terkutuk yang didakwa dilakukan dua tahun itu berakhir dengan tertangkapnya Chin Hock Nam, 54, pada 21 Jun lalu.
Tertuduh yang masih bujang dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi menghadapi sembilan pertuduhan iaitu merogol, cubaan merogol dan mencabul lima gadis bawah umur sejak Oktober 2008 hingga Mei tahun ini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rogol dan satu cubaan rogol yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad dan Hakim Azwarnida Affandi.
Hock Nam yang tidak fasih berbahasa Melayu turut memohon seorang penterjemah berbahasa Mandarin bagi membantunya memahami pertuduhan.(Sumber KO)
Bangsat punya makhluk...
gila seks...dah la tak tahu cakap melayu...
betul ke orang malaysia nie..
No comments:
Post a Comment