Saturday, June 5, 2010

6 bulan dihidang sup babi

KUALA LUMPUR - Peniaga gerai makanan dari Padang Besar, Perlis, Omar Atan tidak dapat melupakan pengalaman pahit dihidangkan sup babi ketika enam bulan pertama menjalani hukuman penjara di Laos atas kesalahan melakukan pemerdagangan orang ke negara itu.

Warga emas berusia 59 tahun itu menegaskan, suka atau tidak, dia terpaksa menerima hakikat dihidangkan dengan sup babi dan pulut sebagai makanan harian bersama banduan lain di Penjara Puthong, Vientiane, Laos.

Selepas enam bulan, barulah saya dapat menikmati nasi dan lauk apabila Kedutaan Malaysia di Laos menyediakannya," katanya. (Sumber KO)

No comments:

Post a Comment

halaman