Saturday, June 12, 2010

Siasatan PKZ rahsia

Siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) masih berstatus rahsia, kata Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali.

Sehubungan itu, tegas beliau, sebarang perkembangan dan hasil siasatan terbaru mengenainya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak termasuk media sehingga ia diserahkan kepada Peguam Negara.

Beliau memberitahu, tempoh siasatan sesuatu kes rasuah sukar dianggarkan kerana terdapat kemungkinan tinggi penemuan bahan bukti terbaru terutama dalam kes yang menarik perhatian orang ramai.

"Siasatan bergantung kepada bukti. Kalau kita ada bukti baru kita sambung siasatan," katanya.

Semalam, SPRM dalam satu kenyataan balas kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, suruhanjaya itu masih menjalankan siasatan berhubung PKFZ.

SPRM memberitahu, pihaknya sedang mengkaji dan mengenal pasti kelemahan sistem yang membolehkan berlakunya penyelewengan dalam kes itu.

Cho Ha baru-baru ini dilaporkan berkata, siasatan yang dilakukan terhadap isu PKFZ sebelum ini sudah memadai, justeru siasatan terhadap kes itu tidak perlu diteruskan.

(Sumber UM)

No comments:

Post a Comment

halaman