Sukarelawan Malaysia, Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan berkata, sudah menjadi tugas sebagai seorang doktor untuk merawat pesakit tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
''Biarpun pada mulanya saya geram dan marah dengan tindakan biadab mereka, tugas merawat kedua-dua askar Israel yang cedera tertembak di perut akibat terkena peluru sesat rakan tentera mereka sendiri, tetap dilakukan.
''Kami juga akan memberikan bantuan kepada orang Israel sendiri sekiranya mereka dikenakan sekatan seperti yang sedang dihadapi Palestin sekarang atas dasar nama bantuan kemanusiaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis menyambut kepulangan 12 sukarelawan Malaysia yang terselamat dalam serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara milik Turki Isnin lalu di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
(sumber UMo)
No comments:
Post a Comment