Tuesday, June 8, 2010

pembantu perubatan curi dan pakai beratus seluar dalam wanita

Sebahagian daripada seluar dalam wanita yang dijumpai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ketika mengesan suspek untuk pertuduhan mahkamah berkaitan kes dadah semasa sidang media di Kuala Terengganu, semalam. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah. "Tujuan serbuan itu dijalankan adalah untuk mengesan suspek bagi tujuan pertuduhan di mahkamah, namun hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu, polis menemui kira-kira 400 helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli dalam almarinya.


"Lelaki berkenaan tinggal seorang dan masih bujang. Selepas soal siasat dijalankan, suspek mengaku mencuri sebahagian besar daripada seluar dalam wanita itu ketika bertugas di Dungun dan Marang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata, lelaki itu turut memaklumkan bahawa pakaian dalam itu dicuri di sekitar kawasan perumahan di dua daerah berkenaan sejak setahun lalu.


Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.

(Sumber Bernama)


No comments:

Post a Comment

halaman