Saturday, June 12, 2010

Lesen Judi: Berjaya ada surat rasmi kelulusan lesen

Dalam kenyataannya yang paling tegas setakat ini, syarikat Berjaya Corporation mengesahkan ia mempunyai surat rasmi Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi sukan, sekali gus menafikan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak kononnya lesen itu belum diluluskan.

Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, awal minggu lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pemberian lesen judi terbaru itu.

Berjaya sebelum ini mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen berkenaan untuk Ascot Sports Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Vincent Tan, pemegang saham terbesar Berjaya Corporation.

Susulan kebangkitan rakyat itu, Perdana Menteri membuat kenyataan di Parlimen bahawa kerajaan kononnya tidak pernah meluluskan pemberian lesen judi sukan itu dan hanya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Namun dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Berjaya Corporation menegaskan ia mempunyai pengesahan rasmi dari Kementerian Kewangan meluluskan lesen perjudian itu kepada ASCOT.

Susulan itu, Vincent Tan bertindak untuk menjual syarikat itu kepada Berjaya Corporation pada harga RM525 juta.

“Kami ingin menegaskan bahawa…Menteri Kewangan (Najib) telah memberi kelulusan untuk memulihkan semua pemberian lessen perjudian sukan kepada Ascot tertakluk kepada syarat tertentu,” tambah kenyataan itu.- (sumber TVS).

Ayoyo...ini apa celita..mau tipu satu malaysia ka...

manyak busuk...


No comments:

Post a Comment

halaman