SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah
sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh
saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa
‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini,
pertengahan bulan lalu
bulan lalu.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindakdemikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit
menyediakan khidmat mengurut.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal
hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain
turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan
sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami
bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu,
kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama
pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.
Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak
tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah
wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut
badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung
urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.
“Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari
berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.
Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik
apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan
ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya
yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar
dalam,” katanya.
Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya
hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas
keluar dari rumah wanita terbabit.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah
wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana
menyesal serta terkejut dengan tindakannya.
“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil
kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya.
Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup
mengajak melakukan hubungan seks.
“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu
memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan
perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun
dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.
Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori
sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya
terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu
menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun
usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap
Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata
pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan
wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.
No comments:
Post a Comment