Seorang remaja berumur 17 tahun telah dimasukkan kehospital Tunku jaafar Seremban dan menjalani pembedahan perut dan usus setelah ditembak oleh seorang anggota polis di Kampung ujong pasir..jalan seremban jelebu jam 3.30pagi tadi.
BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17,
yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu
di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar,
anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan
melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan
Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.
Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir.
Dua polis di dalam kereta itu mengejar Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.
“Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut Mangsa kemudian dikejarkan ke HTJS.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam
"Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara," katanya.
“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.
Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.
Mangsa dikatakan tiada lesen memandu.
Sementara itu ayah mangsa Aziz Omar 42 berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu “ Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4 20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis “Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik ” katanya — Bernama.
Dengan kes terbaru ini macam anggota polis kurang latihan jer...suka-suka tembak..
nyawa oii...bukan binatang buruan....orang melayu lagi!
biasanya tembakan amaran keudara...ni..boleh ke perut pulak apa cerita...
kes ni macam sama dengan kes aminurashid jer....
nasib baik mangsa masih hidup....kalau tak naya...
yang ni motosikal mesti sama bahaya macam gunting!...
adoi...jangan bagi pistol kat polis...bagi cota jer macam dulu-dulu!
No comments:
Post a Comment