Saturday, May 22, 2010

SPR angkuh dan biadap


DAP menyifatkan tuduhan biadap yang dilemparkan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai tuduhan yang tidak berasas dari suruhanjaya yang angkuh enggan mengakui kesilapan.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, yang dianggap berat-sebelah dan tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya telah berlaku.

Lim Kit Siang berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Wan Ahmad yang menuduh DAP sebagai biadap kerana mengganggu gerak-kerja SPR pada hari pengiraaan undi Pilihanraya Kecil Sibu.

Keputusan penuh PRK Sibu bagaimanapun hanya diumumkan dua jam lebih lewat dari yang dijangkakan, selepas DAP mempersoalkan identiti pengundi-pengundi mencurigakan dalam kertas undi pos.

SPR dilaporkan akan mengenakan pelbagai peraturan baru dalam pilihanraya akan datang.

“Kesemua pilihan raya itu tidak hanya melibatkan seorang sahaja tetapi ia membabitkan semua rakyat di dalam negara ini dan dia perlu faham negara ini bukan untuk dia seorang,” katanya.



_________________

KERAJAAN BN-APCO YANG LETIH

Apalah nak jadi dengan kepimpinan PM Najib...
JUDI HARAM JADI HALAL
PEGUAM SYARIE BUKAN ISLAM
Betul-betul malaysia boleh..

No comments:

Post a Comment

halaman