Tuesday, May 18, 2010

Kickdefella lancar tabung bantu penembak Aminurrasyid


Penulis blog Kickdefella melancarkan kutipan derma bagi membiayai kos perbicaraan koperal Jenain Subi - anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, selepas membak mangsa pada 26 April lalu .

Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam entrinya baru-baru ini memberitahu, walaupun sebelum ini keluarga Jenain, 48, menolak untuk menerima sebarang sumbangan namun dia diberi kebenaran untuk melancarkan kutipan bagi membantu Jenain dan keluarganya.

Keluarga Jenain terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan mereka bagi membayar wang ikat jamin berjumlah RM10,000 sebelum ini.

Sementara itu, akaun Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosial Facebook yang antara lain dibuka sebagai tanda sokongan kepada Jenain sehingga pukul 8 malam ini menerima 20,002 hit.

No comments:

Post a Comment

halaman