Saturday, May 22, 2010

Lubok seks

PETALING JAYA: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.
TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
pix_topright

Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.

“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.


“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan

____________________

INI GILA BERBINI PULA

KUALA TERENGGANU: Dia bukan saja kemaruk berpoligami hingga memiliki 27 anak hasil 11 perkahwinan, malah turut mengamalkan amalan jijik dengan memaksa isteri minum air kencingnya supaya menuruti segala perintahnya, selain amalan menjadikan anak dara sebagai koleksi terbaru teman hidupnya.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 52 tahun yang didakwa memiliki ilmu memikat wanita itu turut bersikap pelik apabila kerap bertukar isteri ketiga dan keempat seperti menukar baju, malah ada antara mereka hanya seminggu bergelar isteri sebelum diceraikan.


Poligami pelik lelaki itu dibongkar bekas isteri keempat lelaki terbabit yang berpisah pada 2005 lalu selepas bergelar isteri tiga tahun.


“Saya berpisah dengannya hanya kerana kesalahan kecil, tetapi tidak pernah menyesal sebaliknya bersyukur kerana bagaikan terlepas mulut buaya.


“Saya akui sejak bersamanya tiga tahun, zahir dan batin saya terseksa selain didera kerana kesalahan kecil,” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Su berusia 27 tahun.


Dia berkata, selama bersama lelaki terbabit, dia bagaikan dipukau kerana tidak berdaya melawan, menegah atau menegur perlakuan dan perangai bekas suaminya termasuk membawa balik wanita lain ke rumah. Katanya, keadaan itu bukan hanya dia mengalaminya, malah tiga madunya turut berdepan keadaan sama.


“Lebih baik bergelar janda daripada terseksa hidup bersama dia,” katanya.


Su yang kini hidup bahagia bersama suami baru mendakwa selain memiliki ilmu memikat wanita, lelaki terbabit mengamalkan amalan jijik apabila memaksa wanita dikahwininya meminum air kencingnya.


“Dia meminta saya melakukan seks oral dan pada masa sama memaksa saya menelan air kencingnya. Selepas berbuat demikian saya seperti dipukau serta apa saja dilakukannya tanpa sebarang bantahan walaupun ada kalanya timbul perasaan marah dan tidak puas hati dengan setiap perbuatannya,” katanya.

Mengimbau kembali pertemuannya dengan lelaki terbabit, Su berkata, dia mula jatuh cinta dan sukar melupakan lelaki terbabit selepas dihembus asap rokok ketika berkunjung ke rumah keluarganya di Kuala Berang pada 2003.


“Ibu bapa saya sudah lama mengenali dia dan setiap kali berkunjung ke rumah, dia melahirkan hasrat untuk melamar saya, namun saya menolak kerana tidak pernah menyintainya yang ketika itu memiliki tiga isteri.


“Walaupun tahu saya tidak sukakannya, namun dia tetap berusaha dan tidak putus asa memujuk dengan apa cara termasuk menggunakan ilmu memikat wanita menggunakan asap rokok,” katanya.

_________________

GURU GILA SEKS

SEREMBAN: 2010/05/22 -Seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Harith Mohd Nor, 42, didapati bersalah merangsang seorang murid yang ketika itu berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di pejabatnya di sebuah sekolah rendah, di sini, antara jam 3 hingga 4 petang penghujung Mac 2007.


Bagi kesalahan itu, Mohd Harith didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara lima tahun dan sebatan.

Mohd Harith yang berasal dari Taman Arowana Impian, di sini, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.




No comments:

Post a Comment

halaman