Wednesday, May 26, 2010

TUN SAMY VELLU DAN MUFTI

Ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”

“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya hendak memberitahu anda hari ini, ayah saya menolak apabila pegawai khas Perdana Menteri datang jumpa dengan ayah saya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor (bulan lalu) dengan tawaran gelaran “Tun” dan jawatan dilantik sebagai duta.


Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini yang menyatakan bantahan keras terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Khalid berkata JAIS sebelum ini terlibat secara langsung melalui nazir-nazir masjid dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin).

"Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

halaman