Friday, May 21, 2010

Gelora nafsu guru

SIBU: 2010/05/21 nafsu seorang guru yang terpaksa ‘berpuasa’ kerana isterinya sarat mengandung anak sulung membuatkannya buta hati kerana tergamak mencabul kehormatan lima murid termasuk adik iparnya sendiri selepas mengumpan mereka filem lucah.

Malah, guru berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di Dalat di sini itu dikatakan turut menggugut mangsa supaya menyimpan rahsia untuk memastikan perbuatan terkutuknya tidak terbongkar.


Perbuatan harapkan pagar, pagar makan padi itu bermula apabila guru berkenaan didakwa mencabul adik iparnya di kuarters kediaman guru pada tengah hari antara Mac hingga 8 Mei lalu ketika isterinya tiada di rumah.


Dia dikatakan memanggil mangsa ke bilik sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian satu persatu sambil menayangkan cakera padat video (VCD) lucah yang dimuatkan dalam komputer ribanya sebelum mencabul mangsa.


Tidak cukup dengan darah daging isteri sendiri, lelaki hidung belang itu meneruskan kerja hinanya ke atas empat lagi muridnya di makmal serta perpustakaan sekolah berkenaan.


Berdasarkan maklumat yang diperoleh, setiap murid yang dipanggil guru terbabit ke makmal tidak dibenarkan melalui bilik guru, sebaliknya diarah menggunakan laluan belakang bagi mengelakkan perbuatan sumbangnya disyaki.


Difahamkan, guru subjek Sains berasal dari Sarikei itu sudah melakukan perbuatan tidak senonoh sejak sekian lama sehinggalah diketahui pihak sekolah sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, kelmarin.


Kebanyakan mangsanya difahamkan tinggal di asrama sekolah berkenaan dan suspek dikatakan tinggal di kuarters guru di situ sejak 10 tahun lalu.


_______________

Dua Lagi Laporan Polis Dibuat Berhubung Kes Kematian Aminulrasyid

Jumaat Mei 21, 2010

Dua lagi laporan polis berhubung kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lepas, dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja itu ketika kejadian.

Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata, Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.

Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat laporan polis itu berkata Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.

Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

halaman