Wednesday, May 19, 2010

lagi mangsa tembakan polis

Mei 19, 10 9:53am(malaysiakini)


Seorang lagi lelaki yang ditembak polis pada April tahun lalu, Shahril Azlan Ahmad Kamil akan tampil membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seksyen 11 di Shah Alam hari ini.

Ditemani peguam Puspawati Rosman, beliau dijadual tampil mengadu pada jam 12.00 tengah hari ini.

Pada 16 April lalu, bapanya pernah pernah membuat laporan polis di Klang, antaranya mendakwa Shahril Azlan cedera terkena tembakan di lengan sehingga menembusi rusuk dan sampai ke tulang belakangnya.

Dalam laporannya, Ahmad Kamil mendakwa anaknya ditembak di Seksyen 7, di satu sekatan jalan raya.

Puspawati ketika dihubungi mengesahkan akan mengiringi lelaki berumur 26 tahun itu membuat laporan polis hari ini.


__________

BUNG MOKHTAR WAJAR LETAK JAWATAN

Bung Mukhtar Radin, ahli Parlimen Kinabatangan sewajarnya meletakkan jawatan. Hanya kerana menurut nafsunya untuk menikah lagi,beliau telah membelakangkan undang-undang.
Beginikah sikap seorang ahli parlimen?
Sesetengah ahli politik menganggap mahkamah syariah seperti remeh. Ini pernah berlaku ketika mantan MB Selangor Muhd Taib bernikah dengan puteri Sultan Selangor Ku Yah lari ke Thailand suatu ketika dulu...
Ahli politik BN berasa seperti merekalah berkuasa!Sebenarnya banyak kes ahli politik berpoligami tanpa kebenaran yang tidak didedahkan.
Jika Bung Mukhtar seorang yang bertanggungjawab beliau tidak seharusnya malu untuk meletakkan jawatan.
Hari ini mahkamah syariah gombak akan menjatuhkan hukuman terhadap beliau dan isterinya yang juga seorang pelakon.




No comments:

Post a Comment

halaman