Wednesday, May 5, 2010

Ketua Polis Negara kesal saksi kes Aminurasyid cerita hal sebenar

Ha ha ha..Ketua Polis Negara kesal saksi utama kes kejadian polis tembak mati pelajar Aminurasid
menceritakan kejadian sebenar peristiwa tersebut.
Saksi penting itu Mohd Azamuddin Omar menceritakan secara terperinci bagaimana rentetan kejadian sehingga dia dibelasah polis.
Sedih jugakan dengar cerita saksi ni...takkanlah rupa budak sekolah 15 tahun macam penjenayah berat!

“Pada saya, baik dia (Azamuddin) bicara melalui media saja jika dia mahu buat begitu, saya pun boleh berbuat demikian juga jika saya mahu,” kata Tan Sri Musa KPN

Mengenai keluarga mangsa yang mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil, beliau menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan. “Saya tidak mahu komen mengenai hal ini, 'katanya lagi..

Yang herannya parang tu datang darimana?....



PANEL KHAS SIASATAN LAWAT LOKASI KEJADIAN

Beberapa jam selepas ditubuhkan, panel khas bagi menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis pada 26 April lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di Shah Alam, malam semalam

Panel yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui oleh Aminulrasyid, 14 dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, sebelum mangsa ditembak di kepalanya.


Tempat pertama yang dilawat pada perjalanan 6 kilometer itu ialah Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, lokasi Aminurasyid dan Azamuddin menonton perlawanan bolasepak.

Mereka juga melawat Bulatan Kayangan, tempat di mana polis dilaporkan mula mengejar kenderaan remaja berkenaan dan seterusnya ke persimpangan lampu isyarat berhampiran
Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Ahli perniagaan, Wan Rahim Tajuddin, yang tembok rumahnya dilanggar oleh Aminulrasyid berkata beliau mendengar bunyi pelanggaran yang kuat pada malam kejadian tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Hanya pada keesokan harinya pabila jiran-jiran bercerita mengenai kejadian itu dan saya diberitahu tentang apa yang berlaku. Kata mereka ia seperti drama TV3,” katanya.

Menurut Wan Rahim, Aminulrasyid adalah sahabat karib anaknya dan beliau sering menghantar remaja berkenaan membuat kerja-kerja sambilan di McDonald.

“Mereka juga selalu bermain futsal hingga lewat malam dan ada kalanya saya terpaksa mengheret kedua-dua mereka pulang,” katanya sambil menambah pelajar berkenaan adalah 'kaki bola'.

No comments:

Post a Comment

halaman