Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Majlis Angkatan Tentera (MAT) menyemak keputusan tahanan selama 28 hari terhadap seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun lepas.
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Laskar Udara Kanan (LUK) Najwa Zainol di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Zalil Mohd Mess dan Mohd Syahril Daud yang mewakili Najwa serta Peguam Kanan Persekutuan Muzila Arshad.
Peguam Mohd Syahril memberitahu pemberita bahawa Rohana mengarahkan Majlis Angkatan Tentera menyemak keputusan, pendapat dan award perbicaraan oleh Kolonel Ibrahim Hashim pada 15 Mac tahun lepas.
Najwa yang memfailkan permohonan tersebut pada 24 Ogos tahun lepas mendakwa dia dibicarakan secara terus di atas tuduhan tidak hadir tanpa cuti yang bertentangan dengan Seksyen 55A Akta 77 Akta Angkatan Tentera 1972.
Menerusi penyata tuntutannya, Najwa juga mendakwa, dia didapati bersalah oleh pegawai Pemerintah Kolonel Ibrahim pada 15 Mac tahun lepas serta dihukum tahanan selama 28 hari.
Katanya, mengikut Seksyen 30 Akta 77, beliau boleh pada bila-bila masa menyemak keputusan dan pendapat yang dibuat Kolonel Ibrahim.
Sehubungan itu, Najwa berkata, beliau melalui peguamnya memohon kepada Panglima Tentera Udara dan MAT untuk menyemak keputusan berkenaan masing-masing pada 7 Jun dan 14 Julai lalu, namun gagal mendapat sebarang jawapan atau keputusan.
Najwa berkata, beliau memohon semakan daripada responden (MAT) dengan alasan dalam rekod prosiding tiada sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkannya disabitkan dengan kesalahan itu dan keputusan berkenaan adalah salah serta tidak sah.
Dalam semakan kehakiman itu, Najwa memohon perintah mandamus mengarahkan MAT menyemak keputusan, pendapat dan hukuman, dan secara alternatif jika MAT menolak permohonan semakan itu, dia memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden menolak permohonan berkenaan.
- Bernama

No comments:
Post a Comment