Saturday, January 21, 2012

Prof yang juga bekas ahli Parlimen pun kena tipu dengan awang hitam


: Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lapan tuduhan menipu bekas Ahli Parlimen Bukit Katil, Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani melalui internet membabitkan kerugian RM483,870.
Tertuduh Agoson Noyce, 31, didakwa memperdaya Mohd Ruddin, 57, dengan menawarkan RM4.3 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan wang dalam beberapa jumlah berasingan iaitu RM115,000; RM100,000; RM45,000; RM64,270; RM26,400; RM43,200; RM70,000 dan RM20,000.
Tertuduh, yang tinggal di Kondominium Klebang Delima, Jalan Klebang, di sini, telah menerima wang tersebut daripada mangsa melalui akaun bank.
Agoson didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang rakan senegara Ago Uche, 27, yang telah didakwa sebelum ini, di pejabat No 944, Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil, dekat sini antara 26 Mei 2009 hingga 22 jan 2010.
Agoson didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Zaharah Hussain menetapkan 27 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran.
Pada Isnin lalu, Ago Uche, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas empat pertuduhan sama menipu Mohd Ruddin melalui internet membabitkan kerugian wang tunai RM183,200 antara 26 Jan 2009 hingga 22 Jan 2010. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

halaman