Thursday, January 19, 2012

Qazaf: Peguam Anwar kemuka hujah 30 Jan

 Rayuan kes isu qazaf akan dihujah oleh barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Syariah pada 30 Januari ini, jam 9 pagi.
Penghujahan lisan itu ditetapkan apabila Notis Rayuan yang dikemukakan oleh peguam Anwar dibantah oleh peguam yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir dan dua lagi, Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali yang mohon agar Mahkamah Rayuan Syariah mengenepikan Notis Rayuan tersebut.
Salah seorang peguam yang mewakili Anwar, Dorina Abdullah (gambar)yang ditemui di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan pihaknya telah mengemukakan notis rayuan bagi meminta Mahkamah Rayuan Syariah meneliti kembali keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini, yang mana ianya telah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

No comments:

Post a Comment

halaman