Seorang pelakon drama televisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencuri barang solek di sebuah pusat beli-belah dua minggu lepas.
Mazni Mahmud, 20, dituduh mencuri tiga bedak padat, tiga pengilat bibir dan beberapa barangan lain bernilai RM246.40 di Pasar Raya Carrefour Sri Petaling di sini pada pukul 9.30 malam 7 Januari.
Di dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Azali Ibrahim menetapkan 22 Feb ini sebagai tarikh sebutan kes dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM700 oleh seorang penjamin.
Cif Insp Nom Phot Prackdit bertindak sebagai pegawai pendakwa manakala Mazni tidak diwakili peguam.
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah
dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
9 months ago
No comments:
Post a Comment