Thursday, January 12, 2012

Mayat tanpa kepala, badan ditemui


 Bau busuk yang disangkakan bangkai binatang oleh seorang penduduk akhirnya terjawab apabila mayat manusia yang tidak lengkap anggota badan ditemui di Jalan Kereta Api Jerantut-Mentakab, Kampung Pisang di sini semalam.
Mayat yang cuma tinggal paras pinggang hingga ke bawah manakala bahagian lain dipercayai berkecai ditemui oleh Mohd. Khairul Anuar Che Ibrahim, 27, ketika menebas semak-samun di kebunnya berhampiran landasan kereta api kampung itu pada pukul 3.30 petang.
Menurutnya, dia terhidu bau busuk seperti bangkai haiwan ketika mula menebas di kebunnya kira-kira pukul 3 petang.
"Makin lama, bau busuk itu semakin kuat menyebabkan saya terpaksa menutup hidung dan mula mengesyaki ia bukan bangkai binatang.
"Saya terus mencari punca bau busuk itu di sekitar kebun berdekatan landasan keretapi sehinggalah terjumpa mayat itu 50 meter dari landasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Katanya, dia kemudian pulang ke rumah dan memaklumkan penemuan mayat itu kepada jirannya yang juga seorang anggota polis selain menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail mengesahkan penemuan mayat itu dan berkata, polis sedang mengesan identiti mayat itu.
Tambahnya, berikutan penemuan itu, polis sedang meneliti laporan kes orang hilang sebelum ini dan akan memanggil waris untuk pengecaman.

No comments:

Post a Comment

halaman