Wednesday, January 4, 2012

Bantuan selesaikan saman trafik


Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya panggilan individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kebanyakan pemanggil memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik de­ngan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil,” katanya.

Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil dan memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor tertera.

“Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya.

Ramli berkata, polis menerima laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.

Beliau berkata, semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu.-Bernama

4 comments:

DYLA said...

Kepada yang berkenaan:

Saya terima satu saman Trafik Polis Caw terengganu butir2 dibawah:

No Saman1103708330
Tarikh : 5/10/2011
Waktu : 10;24
Tempat : Jln TG Mizan Kuala Terengganu
No Kereta : WFQ 5708

Gambar poto dalam saman tersebut jelas menunjukan ia adalah sebuah kereta jenis proton Wira berwarna Cerah kelabu. Juga jelas kelihatan no plat WFG 5708.

Saya memiliki sebuah kereta jenis proton Perdana SE berwarna Biru Metalik Gelap berdaftar WFQ 5708 dan kereta ini hanya saya yang menggunakannya dan ia hanya dipersekitaran KL sahaja.

Saya pohon agar perkara ini diberi perhatian dan hingga hari ini saya tak bolih membaharui cukai jalan yang telah lama tamat tempoh.

Saya yang benar

Norfazillah Bte Mohd Sopie

810502-14-5694

sribayu@goo.com

Unknown said...

Saya tidak boleh memperbaharui cukai jalan saya online kerana terdapat 2 kesalahan hadlaju-- 1. di daerah shah alam 2. dearah Sepang... melalui gambar yang tertera di laman myeg .. kedua duanya adalah kereta yang sama..jenis toyota unser mengunnakan plate no WKV 556. Kereta saya WKV 556 adalah jenis citroen c5.
untuk memohon pembatalan atas kesilapan ini...saya telah menalipon Ibu pejabat trafik Shah alam .. dan diminta pergi membuat laporan kesilapan dengan membawa salinan geran kereta ke Shah Alam dan Sepang.
Saya tinggal di luar kuala lumpur... bukannya dekat nak ke sana-- Shah alam oke ler..Sepang tu jauh sangat..lagipun bukannya salah saya..bukan saya yang pandu, bukan kereta saya...tapi jawapan dari pegawai bertugas..ini prosudure.tak ada cara lain ke yang saya mampu buat?kalau kel;antan ..saya kene ke kelantan jugak ker? perlis ..johor? apa salah saya?????? silap saya atau silap polis trafik???

ayah nawwar said...

memang celaka mreka yg mnggunakan nmbor plate org lain nih. mnyusahkan kita je. hrp pihk brwjib dpt tngkap bg hukuman stimpal smpai dia serik nk bwk kreta lagi

ayah nawwar said...

memang celaka mreka yg mnggunakan nmbor plate org lain nih. mnyusahkan kita je. hrp pihk brwjib dpt tngkap bg hukuman stimpal smpai dia serik nk bwk kreta lagi

Post a Comment

halaman